Bencana alam sering berlaku di merata-rata tempat di dunia ini. Sebagai sebuah negara yang prihatin, Malaysia sering menghulurkan bantuan untuk menolong negara yang dilanda bencana alam. Huraikan sumbangan yang dapat diberikan oleh negara kita untuk membantu negara-negara tersebut.
Dunia kini semakin sering kedengaran gegar gempitanya tidak kira di sebelah selatan, utara, timur dan barat. Bunyi letupan serta gegaran yang dirasai oleh mereka bagaikan mimpi buruk yan tidak berkesudahan. Barangkali petanda bumi sudah dimamah usia ataupun sikap manusia yang rakus mengundang si dia? Pada zaman atom ini, sering kita lihat serta tonton di kaca televisyen bencana alam mengundang duka dan derita saudara kita di merata–rata dunia. Bencana alam yang sememangnya datang tidak dijemput perginya dinantikan. Keprihatinan warga dunia ditagih serta diperlukan bagi meneruskan kehidupan. Ada yang hilang tempat bergantung, ada yang bergelar yatim piatu serta hidup sebatang kara. Malaysia sebagai negara yang prihatin serta masyarakat yang suka menghulurkan bantuan sering menghulurkan bantuan untuk menolong negara yang dilanda bencana alam.
Muktahir ini, kita dapat menyaksikan di dada-dada akhbar serta di kaca televisyen gempa bumi yang melanda negara dunia ke-3 Nepal yang menyebabkan kerosakan yang amat dahsyat. Kekebalan bangunan-bangunan runtuh dengan sekelip mata dibadai gegaran gempa bumi yang berukuran 7.3 skala rikter. Gempa bumi ini dicatatkan yang terburuk selepas gempa bumi sebelumnya. Malaysia mendatangkan sumbangan daripada rakyat Malaysia serta kerajaan melalui badan-badan kerajaan serta badan –badan bukan kerajaan NGO yang turut berlepas ke Nepal bagi menghulurkan bantuan dari segi perubatan, makanan, bekalan air bersih serta khemah sementara. Dianggarkan 8 juta rakyat Nepal terjejas dalam bencana kali ini. Pihak kerajaan yang diwakili, Kelab Putra 1Malaysia telah ditugaskan ke sebuah tempat pengagihan makanan serta keperluan asas lain kepada penduduk yang terjejas. Sumbangan yang diberikan walaupun sedikit tetapi mampu mengukirkan senyuman daripada mangsa-mangsa terlibat yang amat bermakna kepada petugas. Keprihatinan, doa serta dorongan yang berterusan daripada seluruh rakyat Malaysia dipanjatkan agar mereka dapat kembali hidup seperti sedia kala.
Sumbangan rakyat Malaysia sangat diperlukan oleh penduduk yang ditimpa bencana dan dihargai. Sumbangan berupa keperluan asas seperti roti, minuman air bersih serta kelengkapan tidur adalah antara barang yang sering dikirimkan kepada mangsa bencana. Malaysia yang sudah memang terkenal dengan sifat prihatin rakyatnya serta pemimpinya sering dinantikan ketibaan bantuannya di tapak khemah sementara. Malaysia bukan sahaja menerbangkan barang bantuan malah menerbangkan pakar-pakar perubatan serta sukarelawan bagi membantu apa-apa yang termampu. Kebutuhan ubat–ubatan bagi merawat penduduk terjejas juga menjadi keutamaan pihak penyumbang. Pakar perubatan akan memberikan pembedahan langsung bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius. Kebersihan kawasan kem turut dititikberatkan oleh kem bantuan Malaysia bagi mengelakkan wabak penyakit berjangkit tersebar.
Sukarelawan-sukarelawan yang ditugaskan juga bukan sahaja menjaga makan minum penduduk terjejas. Malah, sukarelawan serta pakar perubatan juga memikul tanggungjawab merawat trauma yang dialami penduduk terutamanya kanak-kanak. Bencana alam yang menimpa mereka mungkin memberikan kejutan serta impak yang besar kepada mereka. Trauma merupakan penyakit psikologi yang sering kali berlaku kepada orang yang dihantui perkara yang buruk. Suasana yang aman dan selesa dapat mengubati trauma yang dialami mereka dan pihak bantuan menyediakan tempat bagi kanak-kanak bermain serta menimba ilmu pengetahuan.
Selain itu, bantuan sukarelawan bagi memulihkan keadaan sekeliling turut dihantar ke kawasan bencana. Hanya bantuan yang dapat dihulurkan kerana selebihnya hanya mereka yang merasai penderitaan kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Tidak lupa juga, bantuan daripada pihak berkuasa seperti polis, bomba serta tentera bagi memastikan keselamatan kawasan sekitar serta mencari saki baki orang–orang yang hilang atau tertimbus di bawah runtuhan. Bantuan berupa tenaga sangat diperlukan kerana tenaga yang sedia ada terhad dan tidak mempunyai kepakaran sepertimana pihak berkuasa. Bantuan kaunseling turut ditawarkan kepada mangsa bencana selepas kehilangan tempat tinggal serta saudara mara. Bukan sahaja pihak kerajaan malah pihak organisasi bukan kerajaan juga turut bergiat aktif memberi bantuan contohnya MERCY.
Kesimpulannya, pertolongan dari segi aspek perubatan, makanan, tempat tinggal, bekalan air bersih serta rawatan daripada pihak yang membantu sedikit banyak dapat mengurangkan beban mangsa bencana.`Hulurkan bantuan ringankan beban ‘ begitulah kata-kata hikmah yang perlu disematkan dalam setiap hati rakyat Malaysia. Oleh itu, rakyat Malaysia perlulah menanam sikap bantu-membantu dalam diri serta mengajar anak-anak sejak berumur setahun jagung lagi agar sikap ini dapat meringankan beban dan dapat memberikan senyuman kepada mangsa bencana. Kesungguhan kita, sebagai individu menyumbang serta individu-individu lain mengukuhkan peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima. Diharapkan sikap prihatin rakyat Malaysia dapat diteruskan seterusnya mewujudkan masyarakat yang harmoni serta tolong-menolong menjadi sikap yang sudah sebati dalam jiwa rakyat Malaysia.

[694 patah kata]
ENGKU NUR UMAIRAH BINTI TUAN SANUSI ASMADI
5 BERLIAN 2015
IBU SARTIKA/SURWANTO seorang TKI DI HONGKONG
ReplyDeletepengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran hongkong
angka yang di berikan waktu itu 4D
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai
Maaf sebelumnya nama saya Valeria Armita Rahayu TKI dari Hong-Kong jika lewat Tempat ini saya menceritakan kisah hidup saya niat saya hanyalah semata ingin berbagi tapi semua tergantung Anda percaya atau tidak yg jelasnya ini kisah nyata saya...
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah kini saya bisa menghirup udara segar di indonesia karnah sudah sekian lama saya ingin pulang ke kampung halaman namun tak bisa sebab,saya harus bekerja di negri orang (HongKong) karna ada hutang orang tua yang harus saya lunasi...Singkat cerita namun saya tidak pusing lagi sebab kemaring saya di berikan Info oleh seseorang yang tidak saya kenal,katanya kalau mengalami kesulitan baik dalam Kesehatan atau Ekonomi,Terlilit hutang silahkan minta bantuan sama MBAH WIRANG di Nomer telfon ( 082_346_667_564 ) di jamin bantuan beliau 100% …Jadi saya beranikan diri menghubungi beliau dan menyampaikan semua masalah saya dan alhamdulillah saya bisa di bantu,,,Singkat cerita kini semua hutang orang tua saya sama rentenir semua sudah terlunasi dan punya modal besar untuk buka usaha di indon dan rencana bulan depan saya balek ke indon...
Jadi buat yang pengen seperti saya silahkan hubungi MBAH WIRANG di nomer ( 082_346_667_564 ) Anda tidak usah ragu akan adanya penipuan atau hal semacamnya sebab saya dan yg lainnya sudah membuktikan keampuhan bantuan beliau mungkin sudah waktunya giliran Anda...salam saudara-saudari TKI semua...
Alham Webtech excels in custom web development in Dubai, creating tailored websites that perfectly align with your business goals. Our expert team designs and develops unique,
ReplyDeleteNewRay Property Management in Mysore provides top-tier services for residential and commercial properties.
ReplyDeleteGlobal Tech offers cutting-edge structural steel connection design software in Delaware, tailored to streamline your engineering processes. https://gtechengs.com/structural-steel-bim-services/
ReplyDeleteWith our expert support, navigating the complex educational landscape becomes seamless, paving the way for your academic and professional success. https://globalscholastics.com/
ReplyDeleteMobile app development in Vancouver offers cutting-edge solutions for businesses seeking to enhance customer engagement and streamline operations. Local developers specialize in creating custom, user-friendly apps for iOS and Android platforms, ensuring high performance, security, and modern design. Transform your business ideas into impactful, intuitive mobile experiences with Vancouver's expert developers.
ReplyDelete