Saturday, October 5, 2013

SOALAN TRIAL SPM JOHOR 2013 - SOALAN 2

PERANAN IBU BAPA DALAM MENGGALAKKAN ANAK-ANAK MEMBELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA


Sebagai sebuah negara membangun yang akan menuju ke arah negara maju menjelang 2020, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasilkan dan mengeluarkan berbagai-bagai barangan dan produk sendiri. Pada masa silam, negara kita tidak begitu maju menyebabkan barangan dan produk yang dihasilkan oleh negara kita tidak dapat bersaing dengan barangan import. Oleh sebab itu, rakyat kita mengagung-agungkan barangan luar negara khususnya generasi muda begitu gila mengejar fatamorgana seperti produk elektronik yang canggih yang diimport dari luar negara. Namun begitu, kini kita berada dalam zaman ledakan maklumat, barangan keluaran tempatan sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita lebih berkualiti daripada barangan import. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, masih ramai lagi yang tidak mengetahui atau menyedari kebaikan dan kualiti sebenar barangan buatan negara kita. Persoalannya kini, apakah peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak membeli barangan buatan Malaysia? Oleh hal yang demikian, peranan ibu bapa yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas secara terperinci.

Lontaran idea yang pertama, ibu bapa sewajarnya menerangkan kelebihan pembelian barangan buatan negara kepada anak-anak mereka supaya mereka dapat memahami manfaat-manfaatnya dan membeli barangan buatan Malaysia. Hal ini disebabkan generasi muda menganggap kualiti produk negara kita tidak setanding dengan produk-produk yang diimport dari luar negara. Dengan menjelaskan kebaikan pembelian barangan buatan Malaysia kepada anak-anak, sikap prejudis dan prasangka serta memandang rendah terhadap barangan tempatan dari sudut pemikiran anak-anak akan dilontar jauh-jauh oleh ibu bapa. Contoh yang paling ketara dengan kita ialah ibu bapa menunjukkan sokongan terhadap kempen-kempen yang telah dianjurkan oleh pihak-pihak berkenaan seperti Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia kepada anak-anak mereka untuk memastikan anak-anak mengetahui secara mendalam tentang produk-produk Malaysia agar mereka menyokong produk negara kita. Selain itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka menghadiri ceramah tentang kepentingan pembelian barangan buatan Malaysia supaya anak-anak sedar akan manfaat yang diperoleh negara kita sekiranya mereka membeli dan menggunakan produk Malaysia. Tegasnya, kebaikan pembelian barangan buatan Malaysia sepatutnya diterangkan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya agar mereka bijak memilih barangan yang lebih berkualiti dengan harga yang lebih rendah.

Suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah ibu bapa seyogianya membawa anak-anak mereka ke pameran barangan ciptaan Malaysia. Hal ini akan memberikan pendedahan kepada anak- anak tentang pelbagai barangan tempatan yang terdiri daripada berbagai-bagai bentuk dan keunikannya yang tersendiri jika ibu bapa membawa anak-anak mereka ke pameran tersebut. Biar kita ambil contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak berkunjung ke Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia yang melibatkan premis perniagaan di seluruh negara. Impaknya, karnival sebegini akan mencelikkan minda anak-anak agar mereka mengetahui kualiti dan kelebihan produk Malaysia sehingga berminat untuk membeli barangan buatan Malaysia dan menggunakannya. Hal inilah yang dikatakan tak kenal maka tak cinta. Sekiranya ibu bapa tidak membawa anak-anak ke pameran barangan ciptaan anak watan Malaysia, anak-anak akan terus menganggap barangan buatan Malaysia tidak berkualiti dan enggan menggunakan barangan Malaysia. Jelaslah bahawa ibu bapa perlulah membawa anak-anak mengujungi pameran ini untuk menyedarkan anak-anak tentang barangan buatan Malaysia dan ibu bapa berpeluang untuk membeli barangan Malaysia yang menawarkan potongan harga yang berpatutan. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa sambil menyelam minum air.

Sebagaimana yang kita ketahui, ibu bapa perlu menjadi role model kepada anak-anak disebabkan anak-anak akan sentiasa mengikuti jejak langkah kedua-dua orang tua mereka kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa perlu berbuat demikian kerana mereka merupakan guru pertama kepada anak-anak. Anak-anak diibaratkan seperti sebutir permata yang belum digilap, ibu bapa yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan bersinar. Dalam konteks ini, anak-anak yang meniru perbuatan ibu bapa akan menjadikan barangan buatan Malaysia sebagai pilihan utama ketika membeli-belah di kompleks beli belah kerana ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Sebagai analoginya, ibu bapa haruslah membeli barangan elektrik buatan Malaysia seperti Philips dan Panasonic, kereta buatan Malaysia seperti kereta seperti Myvi, Preve dan Viva serta barangan buatan Malaysia di kedai Satu Malaysia. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sepatutnya menunjukkan suri teladan yang baik kepada anak-anak mereka dengan menyokong produk Malaysia yang berkualiti ini dan ibu bapa jangan bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, ibu bapa selayaknya memupuk perasaan cinta akan negara kepada anak-anak mereka sejak di bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini berlaku kerana semangat patriotik perlu diterapkan ke dalam sanubari anak-anak agar mereka terpanggil untuk membeli barangan buatan Malaysia sebagai tanggungjawab mereka. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menyuburkan minat anak-anak terhadap barangan buatan Malaysia melalui mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Bahasa Malaysia. Secara tidak langsung, anak-anak yang disuntik dengan nilai cinta akan negara, sanggup berkorban untuk negara dan taat setia kepada raja dan negara akan membeli serta menggunakan barangan buatan Malaysia dengan perasaan bangga. Izharlah bahawa semangat patriotik seyogianya diterapkan ke dalam jiwa anak-anak oleh ibu bapa supaya produk Malaysia laris di pasaran antarabangsa dan ekonomi negara kita dapat dimajukan serta dapat menjadi negara kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan, ibu bapa memainkan peranan yang sangat signifikan dalam menggalakkan anak-anak mereka membeli barangan buatan Malaysia kerana ibu bapa merupakan insan yang terdekat dengan anak-anak mereka. Jika ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna, sudah tentu generasi muda akan berminat untuk membeli dan menggunakan produk Malaysia. Oleh itu, usaha-usaha yang efektif lagi pragmatik ini perlu dijalankan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka membeli barangan buatan Malaysia supaya dapat membantu pembangunan ekonomi negara kita. Persis kata orang tua-tua dahulu, yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama bersinergi dalam menjadikan impian ini bukan sekadar omong-omong kosong malah sebagai rakyat yang mempunyai jati diri yang utuh mengutamakan pembelian barangan buatan Malaysia sebagai suatu kemestian yang perlu dilaksanakan.

[951 patah perkataan]

Loh You Siang ~ 5 Berlian





Monday, September 23, 2013

TRIAL SPM JOHOR 2013 - SOALAN 5

CONTOH 2

  
 Siapalah kita tanpa ibu? Siapalah yang menjaga kita sejak kita belum lagi dilahirkan jikalau bukan ibu? Siapalah yang sanggup mencuci najis kita kala kita masih kecil sekiranya bukan ibu? Ibu, satu perkataan yang cukup ringkas tetapi amat bermakna buat semua individu. Ibu merupakan insan yang paling banyak berjasa dalam hidup setiap orang. Sejak daripada hari ibu mengetahui tentang kandungannya itu, sejak itulah dia menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Walaupun belum pernah bersua muka, namun ibu menjaga kita seperti dia mengandungkan sebakul berlian. Ketika kita di dalam perut ibu, ibu mengambil pemakanan yang seimbang untuk memastikan janinnya berada dalam keadaan yang sihat dan tidak terdedah kepada penyakit. Begitulah sayangnya seorang ibu kepada anaknya. Namun, terdapat juga sesetengah manusia yang tidak tahu menghargai pengorbanan seorang ibu yang sungguh besar untuk bertarung nyawa demi melahirkan mereka.  Sesungguhnya, seorang ibu itu perlulah dihargai hingga ke akhir hayat mereka.

   Kita perlulah menghargai ibu kita sejak kecil lagi kerana ibulah yang sentiasa memberikan semangat kepada kita unutk meneruskan kehidupan. Kita hendaklah mematuhi segala kata ibu dan sebagai seorang anak, kita tidak seharusnya melawan atau membantah arahan mereka. Sekiranya mereka memarahi kita, kita tidak sepatutnya menarik muka atau menyimpan dendam kerana setiap kali seseorang ibu itu marah, itu menunjukkan bahawa dia sayang kepada kita dan dia tidak mahu kita melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Kita juga mestilah bercakap dengan sopan dan lemah lembut kepada mereka kerana hati seorang ibu itu sungguh sensitif dan sesungguhnya kita akan mendapat dosa setiap kali hati ibu terguris disebabkan oleh perbuatan atau percakapan kita.

   Selain itu, jika sudah bersekolah, kita mestilah belajar dengan bersungguh-sungguh dan tekun untuk mencapai kejayaan dengan cemerlang. Hal ini disebabkan oleh kejayaan anak merupakan kebanggaan ibunya.  Kejayaan yang kita kecapi dapat menggembirakan hati ibu sekali gus menunjukkan rasa sayang dan cinta kita kepada ibu kita. Kajayaan-kejayaan di sekolah seperti mendapat tempat pertama dalam peperiksaan mahupun mendapat markah tertinggi dalam sesuatu subjek merupakan detik-detik indah bagi seorang ibu kerana perkara ini menunjukkan bahawa dia telah membimbing dan mendidik anaknya dengan baik. Kita juga perlulah menuntut ilmu dengan sebaik-baiknya untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dengan memperoleh keputusan yang cemerlang agar ibu kita dapat berbangga dengan kejayaan yang kita kecapi. Di samping itu, kita haruslah menjaga kelakuan dan percakapan kita di sekolah dan mengingati pesan ibu untuk menjaga nama baik keluarga. Hal ini dapat mengelakkan daripada ibu untuk datang ke sekolah berjumpa dengan guru dan berasa malu atas sikap buruk kita di sekolah. Oleh hal yang demikian, kita perlulah mengingati pesan ibu dan belajar dengan bersungguh-sungguh agar dapat menyejukkan hati mereka.

   Seterusnya, kita juga boleh menunjukkan penghargaan atas jasa dan pengorbanan ibu melalui sambutan hari istimewa seperti hari lahir dan Hari Ibu.  Hari-hari istimewa hanya datang sekali dalam setahun, oleh itu, kita hendaklah menggembirakan hati ibu serta menghiburkannya pada hari yang cukup bermakna itu.  Kita boleh memberikan hadiah yang isitimewa kepada ibu sebagai simbol penghargaan kita kepadanya seperti bunga, rantai ataupun barang-barang yang disukai olehnya.  Hadiah-hadiah akan disimpan oleh ibu dan semestinya akan membuatkan anaknya berasa dihargai.  Kita juga boleh membeli kek berperisa kegemaran ibu pada hari lahirnya dan menyanyikan lagu selamat hari lahir untuknya seterusnya menikmati kek itu bersama-sama keluarga tercinta.  Perkara-perkara kecil seperti ini sememangnya dilihatkan seperti upacara biasa tetapi besar maknanya bagi seorang ibu.

   Di samping itu, kita mestilah menjaga ibu kita dan membalas jasa mereka sehingga kita dewasa. Walaupun sudah mempunyai kerjaya dan sibuk menguruskan hal duniawi, kita tidak patut mengabaikan ibu kita. Kita hendaklah sentiasa menghormati ibu kita dan bercakap dengan sopan terhadapnya walaupun dia sudah tua dan tidak bermaya lagi. Kita sepatutnya menjaga ibu kita dengan penuh kasih sayang seperti mereka menjaga kita ketika kecil dengan berbakul-bakul rasa cinta. Perbuatan menempatkan ibu sendiri di rumah orang tua dengan alasan sibuk bekerja adalah tidak patut sama sekali. Ibu juga sibuk bekerja ketika kita masih kecil tetapi masih ada masa untuk menjaga dan melayan karenah kita, mengapa pula kita tidak begitu? Tanggungjawab anak tetap ada untuk menghargai jasa ibu selagi hayat dikandung badan. Tiada alasan sibuk bekerja patut diberikan dalam menjaga ibu kita sendiri. Konklusinya, kita tidak seharusnya mengabaikan ibu kita walau betapa padatnya jadual harian kerana itu merupakan satu amanah sebagai seorang anak. 

   Akhir sekali, kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Tuhan agar kesihatan ibu terjamin serta kehidupannya lebih sejahtera. Penghargaan kepada jasa dan pengorbanan seorang ibu tidak semestinya ditunjukkan secara terang-terangan, berdoa untuknya juga merupakan tanda menghargai jasa ibu kita. Kita hendaklah berdoa dengan ikhlas agar doa itu dapat dimakbulkan. Kita juga boleh menghargai jasa ibu setelah dia meninggal dunia. Sebagai contoh, sebagai umat Islam, kita hendaklah menyedekahkan surah Yasin dan surah Al-Fatihah kepada arwah ibu kita agar jasadnya berada dalam keadaan yang aman. Kita juga boleh menggunakan wang peninggalan ibu untuk bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin serta mendoakan kesejahteraan ibu di alam akhirat supaya rohnya tenang dan aman.

   Tuntasnya, pengorbanan dan jasa seorang ibu amat besar dalam kehidupan kita.  Tanpa ibu, kita tidak akan berada seperti kita sekarang.  Sesungguhnya, jasa ibu itu wajib dikenang dan dihargai selagi kita masih bernyawa. Pengabaian dan penderhakaan terhadap ibu hanya menyumbangkan dosa besar kepada kita.  Oleh hal yang demikian, kita perlulah sentiasa menjaga dan menyayangi ibu kita dengan sepenuh hati selama kita masih dikandung hayat agar ibu kita rasa dihargai atas pengorbanannya dalam menahan sakit ketika mengandungkan kita, bertarung nyawa demi melahirkan kita serta berkorban masa, tenaga dan wang untuk membesarkan kita. Maka, ternyatalah bahawa jasa seorang ibu itu amatlah besar dan benarlah peribahasa yang mengatakan bahawa, Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

MAS DINAH – 5 BRL ~ 2013


TRIAL SPM JOHOR 2013 - BAHAGIAN B ~ SOALAN 5

SOALAN 5
Peribahasa ‘Syurga itu di bawah telapak kaki ibu’ mengambarkan keagungan seorang ibu dan kewajipan seorang anak untuk berbakti kepada ibu atas jasa memelihara dan membesarkan kita.

Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menghargai jasa ibu berdasarkan peribahasa di atas.

“Ibu… Ibu… Engkaulah ratu hatiku.”

Lirik lagu di atas sering kali kita dengar terutama sekali ketika menjelangnya Hari Ibu sedunia pada hari Ahad minggu kedua setiap tahun. Namun, fahamkah kita maksudnya atau kita sekadar mengikut orang lain yang menyanyikannya ibarat lembu dicucuk hidung? Peribahasa  Syurga itu di bawah telapak kaki ibu jelas memanifestasikan keagungan seorang ibu dan kewajipan seorang anak untuk berbakti kepada ibu atas pengorbanan yang telah dicurahkan kepada kita.  Sayangnya, ramai daripada kita yang tidak sedar dek terlalu hanyut dengan pemikiran barat yang membanjiri minda kecil kita bahawa seorang ibu itu juga merupakan salah satu nikmat Allah yang tidak terhingga. Entah bagaimana kita terlepas pandang, layanan anak-anak muda kini terhadap ibu mereka semakin endah tak endah dan angkuh. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membuat anjakan paradigma dalam memperkasakan langkah-langkah menghargai jasa ibu.

Isi perbincangan yang pertama, saya sebagai seorang pelajar wajib belajar bersungguh-sungguh kerana secara tidak langsung, itu merupakan amanah yang saya pikul di bahu yang diberikan oleh ibu. Seperti yang saya ketahui, ibu membayar yuran sekolah dengan titik peluhnya semata-mata untuk melihat saya menggenggam segulung ijazah.  Maka, penat lelah ibu sewajarnya saya balas dengan belajar sebaik-baik mungkin agar dapat menamatkan bebanan ibu.  Sebagai contoh, sekiranya saya belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang, saya mampu memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Bijak pandai ada mengatakan bahawa belajarlah walau ke negara China sekalipun.  Dengan biasiswa yang saya peroleh, ibu tidak perlu membiayai yuran dan keperluan saya lagi. Jelaslah bahawa belajar dengan bersungguh-sungguh merupakan salah satu cara untuk menghargai jasa ibu.

Lanjutan daripada huraian di atas, langkah lain untuk menghargai jasa ibu adalah dengan menjaga hatinya.  Sering kali saya lihat di dada-dada akhbar menyiarkan rintihan-rintihan ibu di Rumah Kebajikan Orang Tua yang dibuang keluarga.  Sebagai  contoh yang ketara, baru-baru ini media massa menceritakan kisah ibu tua yang dibuang keluarga hanya kerana dia sudah lumpuh. Ke manakah sebenarnya hilang nilai kemanusiaan yang sepatutnya masyarakat kita miliki? Oleh itu saya sebagai seorang anak sewajarnya tidak menghiris perasaan ibu kerana setitis air mata ibu kita yang jatuh, selangkah kaki saya menuju ke neraka.  Masyarakat Arab ada mengatakan bahawa walau dengan perkataan ‘Ah!’ sekalipun, kita dianggap derhaka terhadap ibu. Apatah lagi sekiranya saya melukakan perasaan ibu.  Tidak terbayang azab yang menanti saya di akhirat kelak.  Tegaslah bahawa dengan menjaga hati ibu, saya dapat menghargai jasa ibu selama ini.

Seharusnya saya tidak memandang enteng tentang penjagaan ibu pada hari tuanya. Sejak umur saya setahun jagung lagi ibu telah menjaga saya bagai menatang minyak yang penuh. Ibu juga sanggup berjaga malam semata-mata untuk menjaga saya yang sering kali sakit. Tidak dimintanya wang berjuta sebagai balasan, hanya secebis kasih sayang pada hari tuanya kelak. Masakan saya mengetepikan ibu ketika dia memerlukan seseorang untuk bergantung harap? Menjaga ibu pada hari tuanya merupakan kewajipan bagi saya dan sebagai cara untuk menghargai jasa ibu kepada saya.  Sebagai analogi, saya mengajak ibu tinggal bersama-sama saya sekiranya dia sudah tidak mampu mengurus dirinya dengan baik. Dengan berbuat demikian, saya dapat melihat keadaan ibu setiap masa dan lebih mudah untuk menguruskannya.  Izharlah bahawa dengan menjaga kebajikannya pada hari tua merupakan salah satu cara untuk saya menghargai jasa ibu.

Hadis ada menyebut bahawa doa itu senjata orang mukmin. Dengan berdoalah menunjukkan saya berserah kepada Allah atas segala urusan yang telah diusahakan. Begitu juga bagi menghargai jasa ibu. Tiada apa-apa yang lebih bermakna selain doa anak soleh untuk ibunya. Sebagai contoh, setiap kali selepas solat, saya akan mendoakan kesejahteraan ibu di dunia dan di akhirat. Tidak sewajarnya kita merendah-rendahkan peranan doa dalam hidup kerana apabila matinya seorang mukmin itu, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara dan salah satunya ialah doa anak yang soleh. Oleh itu, sekiranya Allah memakbulkan doa saya, sudah pasti ibu saya akan berasa tenang dan tenteram. Tegaslah bahawa dengan berdoa, saya dapat menghargai jasa ibu ke atas saya selama ini.

Langkah lain untuk menghargai jasa ibu adalah dengan mendengar nasihat dan kata-kata ibu. Tiada ibu yang menginginkan perkara yang tidak baik untuk anaknya. Ibu juga lebih banyak makan garam daripada saya justeru setiap nasihat yang diberikan oleh ibu seharusnya saya manfaatkan. Asam garam kehidupan telah pun dirasai terlebih dahulu oleh ibu.  Sebagai analoginya, sekiranya ibu menyuruh saya memilih bidang sains, saya akan menurutnya dengan hati yang tebuka. Minat itu boleh dipupuk, tetapi perasaan ibu? Saya hanya mempunyai seorang ibu di dunia ini dan saya seharusnya menghargai setiap perbuatan dan keputusan yang dilakukan  untuk kebaikan saya. Apabila saya mendengar nasihat ibu, ibu akan berasa senang hati dan gembira sekali gus menunjukkan betapa saya menghargai usaha ibu untuk menjadikan saya insan yang berguna untuk masyarakat dan negara. Jelaslah bahawa dengan mendengar nasihat dan kata-kata ibu, saya dapat menghargai jasa ibu selama ini.

Sebagai penghias penutup bicara, sudah terang lagikan bersuluh bahawa terdapat banyak cara untuk saya menghargai jasa ibu. Ibu merupakan buah hati pengarang jantung saya. Tidak dapat dibandingkan dengan nilai materialistik yang kian dibanggakan pada zaman ini.  Peribahasa lain dulang lain kaki, lain orang lain hati menunjukkan manusia yang terdiri daripada pelbagai ragam dan cara untuk memacu hidup mereka. Oleh hal yang demikian, masyarakat kini seharusnya bersikap seperti habis kapak berganti beliung dalam menghargai jasa ibu.  Sebelum nasi menjadi bubur, jasa ibu wajib kita hargai agar kita tidak tergolong dalam golongan orang yang mendapat kemurkaan-Nya.

PUTRI ALIAH – 5 BRL 2013

PERANAN IBU BAPA MENJAYAKAN KEMPEN BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

Kempen ‘Belilah Barangan Buatan Malaysia’ tidak akan berjaya jika tiada usaha untuk memupuk budaya mengutamakan barangan tempatan sejak awal lagi.  Oleh itu, ibu bapa sewajarnya memainkan peranan bagi menjayakan kempen tersebut.

Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak membeli barangan  buatan Malaysia.

Angin perubahan pemodenan telah bertiup, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, media massa sering menguar-uarkan kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia. Umum mengetahui bahawa ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak dan mereka diberi tanggungjawab bagi menggalakkan anak-anak membeli barangan buatan Malaysia.  Contoh yang boleh kita ketengahkan ialah ibu bapa boleh melakukan pelbagai cara dan prakarsa agar anak-anak mereka tidak akan memilih barangan selain buatan tempatan. Apakah inisiatif yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam hal ini? Persoalannya, bagaimanakah cara yang efektif dan berkesan untuk menggalakkan anak-anak membeli barangan buatan Malaysia tanpa membebankan fikiran ibu bapa untuk memajukan barangan buatan negara sendiri? Oleh itu, peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak membeli barangan buatan Malaysia yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan secara terperinci bagi kepentingan semua pihak.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa membeli barangan buatan Malaysia dapat mengelakkan daripada pengaliran mata wang asing negara kita ke luar negara. Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa dalam hal ini? Dalam konteks ini, ibu bapa perlu mengatur kewangan anak-anak mereka sejak mereka kecil lagi. Sekiranya ibu bapa tidak mengamalkan perkara sebegini sejak mereka kecil lagi maka anak-anak akan menjadi manja akibat sudah terbiasa dengan tabiat dahulu. Daripada realiti ini, dapatlah kita katakan bahawa ibu bapa dapat membendung inflasi kerana mata wang negara kita tidak mengalir ke luar negara. Tambahan pula, dana negara akan meningkat. Bertitik tolak daripada itu, bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa menjadi penyelamat negara ini daripada mengalami kerugian dengan mengatur kewangan anak-anak. Sebagai analoginya, ibu bapa memberikan wang saku sekurang-kurangnya RM20 sebulan kepada anak-anak dan sekiranya anak-anak ingin meminta lebih, anak-anak perlulah memberikan alasan yang munasabah kepada ibu bapa. Jelaslah bahawa anak-anak tidak akan dapat membeli barangan import yang lebih mahal daripada barangan buatan Malaysia.

Lontaran idea yang kedua ialah ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak dengan membandingkan perbezaan harga barangan import dengan barangan buatan Malaysia. Mengapakah isu ini dibangkitkan? Hal ini demikian adalah kerana apabila ibu bapa mengajar anak-anak dengan perkara sedemikian jadi mereka dapat menjimatkan pembelian dengan memilih barangan buatan Malaysia. Dalam hal ini, ibu bapa dapat mengelakkan anak-anak daripada bersikap biar papa asal bergaya juga alah membeli menang memakai. Hakikatnya, sikap negatif ini harus dibendung daripada sanbari anak-anak. Sebenarnya, ibu bapa seharusnya membezakan sesuatu barangan itu berdasarkan kualitinya.  Anak-anak mungkin tidak menyedari akan hakikat ini kerana mereka lebih bersikap rambang mata daripada kebiasaannya. Contoh yang boleh kita ambil ialah ibu bapa memberitahu anak-anak bahawa walaupun barangan buatan Malaysia kelihatan murah tetapi kualiti produknya kadangkala dapat bertahan lebih lama. Izharlah bahawa, perbandingan harga yang dilakukan oleh ibu bapa dapat menggalakkan anak-anak membeli barangan buatan Malaysia.

Sesungguhnya, setiap penyakit ada nurbisanya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kita juruskan skop perbincangan kita kepada isi yang seterusnya iaitu ibu bapa seyogianya membawa anak-anak melihat sendiri barangan buatan Malaysia di tempat-tempat yang sedia ada seperti di Kuala Lumpur. Mengapakah hal ini dibangkitkan? Dalam konteks ini, ibu bapa perlu mengambil cuti bersama-sama anak supaya anak-anak dapat melihat sendiri kecantikan dan keunikan barangan buatan Malaysia berbanding barang import.  Impaknya, anak-anak akan sedar bahawa rakyat Malaysia mampu berdiri di atas kaki sendiri. Tamsilannya seperti, anak-anak akan dapat melihat kereta-kereta nasional seperti Myvi, Viva dan sebagainya di depan mata mereka.  Bertitik tolak daripada itu, enjin berkuasa tinggi yang digunakan bagi kegunaan Kereta Formula Satu (F1) dapat membuka mata anak-anak bahawa negara  Malaysia dapat berdiri setanding negara-negara gergasi di peringkat antarabangsa. Bukankah hal ini dapat menguntungkan ibu bapa supaya anak-anak tidak akan boros membeli barangan bukan buatan Malaysia. Tegasnya, ibu bapa perlu meluangkan sedikit masa dengan membawa anak-anak menikmati keunikan barangan buatan Malaysia.

Suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah ibu bapa membelikan atau menghadiahkan anak-anak barangan buatan Malaysia.  Sesungguhnya, ibu bapa boleh menjadi suri teladan kepada anak-anak.   Sebagai tamsilannya, ibu bapa membelikan barangan buatan Malaysia seperti kraf tangan kepada anak-anak semasa menyambut hari kelahiran anak-anak.  Bukankah anak-anak akan menghargai pemberian ibu bapa? Implikasinya, mungkin anak-anak pula akan membeli barangan buatan Malaysia dan menghadiahkannya kepada ibu bapa. Secara tidak langsung, rakyat Malaysia dapat membantu anak bangsa mereka sendiri. Maka, keperluan harian akan dapat dipenuhi walaupun menggunakan barangan buatan Malaysia. Oleh itu, ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan membelikan mereka barangan buatan Malaysia.

Sebagai merumus, sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, semua pihak hendaklah bersikap ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni agar kempen ‘Barangan Buatan Malaysia’ dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selain itu, rakyat Malaysia haruslah memberikan sokongan dengan membeli produk dan barangan buatan Malaysia bagi mencapai visi 2020. Janganlah apabila nasi sudah menjadi bubur barulah kita hendak membeli barangan buatan Malaysia. Oleh itu, langkah mutakhir perlu dilakukan seperti kata-kata pujangga iaitu genggan bara api, biar sampai jadi arang.


NURUL ATSILAH – 5 BRL 2013

TRIAL SPM JOHOR 2013 - BAHAGIAN A


FAEDAH-FAEDAH KOPERASI DI SEKOLAH 

Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari menjelang ambang 2020, keadaan ini menandakan titik permulaan zaman yang serba mencabar minda kita. Dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh pancaroba ini, pihak sekolah telah menubuhkan koperasi di sekolah. Koperasi merupakan pertubuhan ditubuhkan oleh pihak sekolah untuk kemudahan warga sekolah, khususnya pelajar dan guru. Dengan adanya koperasi di sekolah, kita dapat memperoleh banyak kebaikan yang tidak dapat dikira dengan hujung jari kita. Persoalannya kini, apakah kebaikan penubuhan koperasi sekolah kepada warga sekolah itu sendiri? Oleh hal yang demikian, faedah-faedah koperasi sekolah yang akan menjadi fokus perbincangan saya pada hari ini akan dikupas dan dihuraikan secara terperinci demi kebaikan bersama.

Sebagai mukadimah pembicara, saya ingin melontarkan idea saya tentang faedah koperasi terhadap warga sekolah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelajar atau guru dapat membeli barangan dengan harga yang lebih murah. Mereka dapat menikmati barangan yang harganya berpatutan dan barangan yang berkualiti. Umum mengetahui bahawa koperasi menjual pelbagai barangan dan makanan seperti alat tulis, minuman, kertas kajang, buku latihan dan sebagainya. Kesemua ini telah memenuhi kehendak dan keperluan guru dan pelajar. Sebagai analogi, pelajar dapat membeli sebatang pen di koperasi dengan harga yang rendah berbanding membeli sebatang pen di pasar raya. Tambahan pula, barangan di pasar raya mahal-mahal belaka. Hal ini secara tidak langsung, pelajar dapat menjimatkan wang untuk membeli alat-alat tulis dan buku-buku rujukan bagi meningkatkan prestasi pembelajaran. Tegasnya, koperasi menawarkan barangan yang harganya berpatutan dan berkualiti kepada warga sekolah.

Lanjutan daripada huraian di atas, warga sekolah yang menjadi ahli koperasi berhak mendapat keuntungan dalam bentuk dividen dan bonus melalui pembelian barangan oleh warga sekolah. Keuntungan tersebut datangnya daripada jual beli yang dijalankan. Selain itu, sebahagian daripada keuntungan yang diperoleh oleh koperasi juga dapat dikeluarkan untuk membantu pihak sekolah dalam menangani masalah prasarana sekolah. Wang tersebut boleh digunakan untuk menyediakan dan menaik taraf prasarana di sesebuah sekolah. Contoh yang boleh diketengahkan ialah koperasi SMK Hamzah Berhad yang berpegang teguh pada prinsip koperasi kita dari kita untuk kita dengan membahagikan sebahagian keuntugan koperasi untuk membeli buku rujukan dan buku cerita koleksi terbaru untuk perpustakaan sekolah demi kemudahan murid yang dahaga akan ilmu pengetahuan. Jelaslah bahawa koperasi mendapat keuntungan yang berkali ganda melalui aktiviti jual beli. 

Bukan setakat itu sahaja, koperasi membolehkan anak-anak muridnya mengetahui asas perniagaan. Apabila pelajar mengendalikan urus niaga di koperasi, mereka dapat memahami dan menguasai asas perniagaan. Pengalaman baru ini tidak dapat dipelajari dalam silibus sekolah dan merupakan satu pendekatan yang baik untuk mempraktikkan apa-apa yang dipelajari di dalam bilik darjah. Pelajar yang belajar subjek-subjek seperti Prinsip Perakaunan, subjek Perniagaan dan Perdagangan dapat memahami apa-apa yang dipelajari dengan lebih lebih lanjut dan efektif dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, pelajar dapat berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat dengan pelajar yang lain dan guru tentang selok-belok dalam urus niaga. Rentetan daripada situasi tersebut, hubungan silaturahim bagai isi dengan kuku dapat dipupuk antara guru dan pelajar. Malah, mereka dapat menambah ilmu pengetahuan mereka supaya mereka tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa asas perniagaan dapat dimantapkan dalam sanubari anak-anak didik melalui penglibatan mereka dalam koperasi sekolah. 

Sebagai menggulung segala yang diperkatakan di atas, koperasi mendatangkan banyak faedah kepada warga sekolah mahupun pihak sekolah. Oleh hal yang demikian kita perlu bersyukur dan menghargai ahli jawatankuasa koperasi yang begitu bersungguh- sungguh mengendalikan dan mengurus hal ehwal koperasi. Tanpa usaha gigih mereka, koperasi sekolah sudah pasti bagai sebutir batu berlian yang tidak berguna. Marilah kita bersama-sama bagai aur dengan tebing meneruskan usaha kita dalam menjayakan koperasi sekolah demi mengecapi visi kudsi wawasan 2020 yang diimpikan dan diwara-warakan oleh mantan Perdana Menteri yang keempat dan semua lapisan masyarakat.

FOO SUH JUAN

Thursday, September 19, 2013

Industri Pelancongan Kesihatan Di Malaysia


Industri pelancongan kesihatan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kini. Fenomena ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat global dan mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.

Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah memajukan industri pelancongan kesihatan di Malaysia.


Sebagaimana yang kita sedari, industri pelancongan memainkan peranan yang semakin penting dan dominan sebagai nadi ekonomi dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan memangkinkan pembangunan di Malaysia. Pada tahun 1990, kerajaan Malaysia telah mengadakan Tahun Melawat Malaysia untuk menggamit kebanjiran pelancong baik dari negara atas angin mahupun dari negara bawah angin. Memang tidak dapat dinafikan bahawa bidang pelancongan mendatangkan manfaat yang tidak ternilai dan menjanjikan pulangan yang lumayan. Selain menjadi sumber pendapatan negara, industri pelancongan berperanan mustahak dalam membaiki, dan meningkatkan taraf hidup rakyat dengan mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang perkhidmatan, perhotelan, perniagaan dan penghasilan kraftangan agar rakyat dapat mencari nafkah hidup dan mata pencarian dengan tulang empat kerat dan mengikis sikap menantikan nasi disajikan ke mulut. Atas kesedaran ini, segala sumber kekuatan Malaysia dalam industri pelancongan harus dicungkil, dikembangkan dan dimanfaatkan semaksimumnya dengan terancang agar impian Malaysia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang tersohor tercapai secemerlangnya. Dalam konteks ini, salah satu bidang dalam industri pelancongan ialah pelancongan kesihatan. Menurut Kamus Dewan, pelancongan kesihatan bertujuan untuk menarik pelancong berkunjung ke Malaysia atas sebab perawatan dan perubatan di samping makan angin. Persoalan yang berputar-putar dalam kotak minda kita ialah apakah langkah-langkah untuk memajukan industri pelancongan kesihatan di Malaysia? Oleh itu, langkah-langkah memajukan industri pelancongan yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas lebih mendalam untuk kepentingan semua pihak terutama rakyat dan negara kita. 

Jika kita bersedia memeras otak dan berhempas pulas, pendekatan yang berkesan untuk memajukan industri pelancongan kesihatan tentu ada kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sebagai mukadimah perbincangan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelancongan harus bekerjasama seperti berat sama dipikul, ringan sama dijinjing untuk membina kewibawaan dan kredibiliti Malaysia dalam indutri pelancongan kesihatan. Kerajaan harus mengupah pakar perubatan yang terkenal di luar negara untuk melatih staf sokongan kesihatan misalnya jururawat, juruterapi, jurulatih kecergasan, jurusolek dan tukang urut. Universiti dan kolej perubatan swasta harus ditubuhkan untuk melatih doktor berkelayakan profesional, berdedikasi dan mahir. Dalam hal ini, doktor yang telah bersara patut dilantik semula secara kontrak bagi memberikan tunjuk ajar dan melatih mereka yang pengalamannya baru setahun jagung setampuk pinang dan berpengetahuan cetek dalam bidang perubatan. Doktor yang telah bersara sebenarnya mempunyai pengetahuan yang amat luas kerana mereka dianggap seperti kelapa, makin tua makin berminyak. Di samping itu, kerjasama dan pertukaran kepakaran dengan negar-negara lain harus dijalankan bagi berkongsi maklumat kritikal agar lebih mahir dan cekap dalam merawat penyakit yang sofistikated. Tegasnya, jika kualiti dan kuantiti staf sokongan dapat dicari jalan penyelesaian, negara Malaysia sudah pasti akan diyakini oleh pelancong asing yang datang dari Timur mahupun Barat. 

Sebagai lontaran idea kedua, pengaplikasian teknologi yang canggih dan lengkap dalam bidang perubatan amat penting bagi memajukan industri pelancongan kesihatan seperti yang dikatakan oleh nenek moyang kita mengais hendaklah berkuku kerana tanpa fasilitet dan kemudahan yang canggih, pakar perubatan tidak dapat menunjukkan kepakaran mereka. Dalam hal ini, pusat pemulihan kesihatan yang dapat memenuhi pelbagai keperluan pelancong harus ditubuhkan selengkapnya. Sebagai contoh, Pusat Jantung Malaysia di Kuala Lumpur harus didirikan di bandar utama supaya dapat memberikan perkhidmatan kepada pelancong yang menghidap penyakit kardiovaskular. Seterusnya, pusat penjagaan kesihatan harus ditubuhkan untuk membantu pesakit diabetes mengawal berat badan yang sesuai dan memberikan nasihat serta rawatan kepada mereka tentang pengamalan pemakanan yang seimbang dan mengikisan konsep hidup untuk makan. Bagi pelancong yang mementingkan kecantikan fizikal, pusat perawatan muka dan pelangsingan badan seperti spa harus ditubuhkan dan dikawal secara profesional agar dapat memelihara kecantikan, kelangsingan badan dan kesihatan dari luar dan dalam bak bulan purnama. 

Dalam usaha memajukan industri pelancongan kesihatan, kos perubatan dan perawatan tidak dapat diketepikan. Memang lumrah bahawa kos perubatan dan perawatan yang kompetitif malah lebih rendah tetapi mutu perkhidmatan setanding negara maju yang lain dapat menggamit kebanjiran pelancong asing ke Malaysia. Menurut laporan ‘News Straits Times’, Pusat Pemulihan Mahkota Melaka yang menawarkan perubatan dan perawatan yang tarafnya setanding dengan negara Barat tetapi dengan kos yang rendah telah berjaya menarik pelancong negara serantau yang berjumlah 2 000 orang sebulan. Tidak ketinggalan juga, kemudahan insurans kesihatan harus disediakan secara talian terus supaya pelancong dapat berkunjung ke negara kita untuk mendapat rawatan dan perubatan dengan lebih yakin dan selesa. Berbekalkan cogan kata, mesra pelanggan, industri pelancongan kesihatan di Malaysia akan dapat gah ke puncak kegemilangannya. 

Seperkara lagi, teknik promosi yang pragmatik harus dilaksanakan bagi memajukan industri pelancongan kesihatan di Malaysia. Dalam hal ini, maklumat komprehensif berkaitan dengan perawatan dan perubatan di Malaysia sepatutnya disebar luas kepada masyarakat global. Media massa merupakan wahana dan medium yang amat berkesan dalam penyebaran maklumat kerana berkembang pesat bak cendawan tumbuh selepas hujan. Selain itu, maklumat berkenaan juga perlu disebarkan di lokasi yang strategik di tempat awam di luar negara agar dapat menarik kedatangan pelancong asing ke Malaysia. Pada masa yang sama, pihak hospital hendaklah berusaha mendapat pengiktirafan terutamanya di peringkat antarabangsa. Atas kesedaran ini, pihak hospital perlu memenuhi syarat yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Tidak kurang penting juga, pihak hospital juga harus mencipta laman web sendiri untuk menonjolkan kecanggihan perubatan dan perawatan hospital masing-masing. Janganlah pihak hospital mencari alasan dan bersikap genggam-genggam bara api rasa hangat dilepaskan kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 

Kesimpulannya, kudrat dan usaha yang berlipat ganda harus digembleng sepadunya dalam usaha memajukan industri pelancongan kesihatan. Harus kita sedari, setiap bangunan yang tersergam megah tidak bergantung pada sebatang tiang sahaja tetapi tiang-tiang dan pasak-pasak yang saling menopang antara satu sama lain kerana bersatu teguh bercerai roboh. Kejayaan yang semanis madu tidak akan dapat kita kecapi tanpa curahan usaha yang sepahit hempedu kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Atas kesedaran ini, kerajaan perlu bersikap proaktif, progresif dan dinamik dalam memajukan industri pelancongan kesihatan. Seandainya segenap lapisan masyarakat bekerjasama selangkah sederap, bertindak sepakat seia sekata dan bergerak sehati sejiwa, sudah pasti usaha kita dalam membangunkan industri pelancongan kesihatan akan berjaya dan Malaysia akan terkenal sebagai destinasi pelancongan kesihatan antarabangsa di persada dunia.
Cheng  Xi Shan
[956 patah perkataan]

Friday, August 23, 2013

FAEDAH MEMPUNYAI HOBI



Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, hobi dapat didefinisikan sebagai aktiviti kegemaran yang dilakukan pada waktu senggang dan bukan merupakan pekerjaan utama. Peribahasa rambut sama hitam tapi hati lain-lain menunjukkan bahawa setiap individu mempunyai hobi yang berbeza-beza dan tersendiri. Sebagai analoginya, ada yang suka bersukan, ada yang minat mengumpul setem, ada juga yang gemar mendaki gunung dan pelbagai hobi yang lain. Persoalannya, mengapakah setiap insan di dunia ini perlu mempunyai hobi? Sesungguhnya semua orang mempunyai alasan tersendiri yang menyebabkan mereka melakukan hobi yang digemari itu. Menurut pandangan saya, hobi memang sewajarnya dimiliki oleh semua orang tanpa mengira usia, pangkat dan keturunan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti positif seumpama ini banyak memberikan maslahat dalam kehidupan setiap insan. Tidak terkecuali saya, yang turut memperoleh kebaikan daripada hobi yang saya lakukan. Oleh hal yang demikian, faedah-faedah hobi yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas dengan lebih terperinci.


Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, saya menjadikan hobi saya untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Bertitik tolak daripada itu, masa senggang saya digunakan untuk bermain bola sepak, berjoging dan membaca buku. Hal ini secara tidak langsung menghindarkan diri saya daripada aktiviti kurang sihat dan bergaul dengan rakan yang mempunyai masalah sosial. Contoh yang boleh diketengahkan ialah remaja yang sedang mencari identiti diri dan mengalami kecelaruan jiwa akan mudah terlibat dalam aktiviti merempit, melepak dan pergaulan bebas kerana mereka tidak mempunyai matlamat hidup seperti layang-layang yang terputus talinya. Dalam konteks ini, dengan adanya hobi, masa saya tidak disia-siakan dan tidak terbiar begitu sahaja kerana masa itu emas yang perlu diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Bukan itu sahaja, dengan mempunyai hobi dapat mengelakkan diri saya daripada berasa bosan dalam mengharungi kehidupan seharian di alam fana ini. Konklusinya, hobi dapat memenuhi masa lapang saya dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa hobi juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya yang sedia ada. Sebagaimana yang kita ketahui, hobi seperti membaca, melayari internet dan menonton televisyen dapat membantu meningkatkan pengetahuan am seseorang. Selain itu, saya juga dapat menguasai kemahiran dalam melakukan aktiviti harian seperti memasak dan melukis. Sebagai contoh, aktiviti mengait yang telah saya praktikkan dari hari ke hari dapat meningkatkan kemahiran saya lagi dan akhirnya dapat menghasilkan sesuatu karya kreatif yang menarik seperti peribahasa sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Bukan itu sahaja, saya juga dapat menambakan ilmu pengetahuan apabila menonton rancangan dokumentari di televisyen seperti Majalah 3 dan ‘Insect War’. Bahkan, dalam zaman yang serba canggih ini, saya juga boleh mendapatkan informasi yang saya perlukan dengan mudah melalui internet. Maka, jelaslah bahawa dengan mempunyai hobi yang tertentu dapat membantu saya dalam menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan penguasaan serta kemahiran diri dalam pelbagai bidang karya kreatif.

Suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan adalah apabila saya mempunyai hobi, saya dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Hobi yang sering saya lakukan untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan mental adalah dengan mendaki gunung, berjoging dan berenang. Dengan melaksanakan hobi ini, daya tahan kardiovaskular dapat ditingkatkan. Hal ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan imuniti badan saya daripada sebarang jangkitan penyakit seperti demam, selesema dan batuk. Hal ini seterusnya dapat membantu saya melaksanakan aktiviti harian secara efektif kerana badan cergas, otak cerdas. Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, apabila saya memanfaatkan masa saya dengan hobi yang saya gemari secara tidak langsung dapat mengurangkan stres. Hal ini adalah kerana, apabila saya melakukan hobi, saya akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktiviti tersebut dan bukannya memikirkan masalah kehidupan yang kadang kala membebankan minda saya. Bagi membuktikan perkara ini, apabila saya membaca novel, saya akan leka dengan mesej yang ingin disampaikan oleh novelis, sehingga melupakan masalah yang membelenggu sukma buat seketika. Tegasnya, dengan mempunyai hobi saya dapat kepuasan diri kerana melakukan sesuatu aktiviti yang digemari dan membebaskan diri daripada sebarang masalah yang menghimpit kalbu.

Dalam menelusuri ranjau yang penuh onak dan duri, hobi juga dapat menjana pendapatan saya. Umum mengatahui, kadar pengangguran di Malaysia semakin meningkat dari hari ke hari. Oleh hal yang demikian, saya harus merebut peluang keemasan yang ada untuk menjana pendapatan saya. Sebagai analoginya, hobi yang dapat menjana pendapatan ialah hobi memasak dan menggubah bunga. Apabila saya mempunyai kemahiran memasak, saya dapat menjual hasil air tangan saya di kedai-kedai atau di koperasi sekolah. Dalam konteks ini, hasil jualan tersebut dapat saya gunakan sebagai wang saku. Sekali gus, aktiviti ini juga dapat mengurangkan beban kewangan keluarga saya. Selain itu, saya dapat memanfaatkan wang tersebut untuk membeli bahan-bahan rujukan sebagai usaha untuk meningkatkan prestasi akademik saya. Tidak kurang penting juga, sebahagian daripada wang itu dapat saya simpan di dalam bank untuk kegunaan masa depan bak kata peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Tegasnya, hobi yang kreatif lagi inovatif sebenarnya dapat menjana pendapatan sekiranya saya memanfaatkan seoptimumnya kelebihan yang ada dalam diri ini.

Ramai yang mulai sedar bahawa hobi juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama insan. Hobi bukan sekadar dalam lingkungan dunia individu sahaja malah dapat dilakukan secara berkumpulan. Sebagai contoh, hobi yang boleh dilakukan secara berkumpulan seperti mengulang kaji pelajaran, bermain boling dan melancong bersama dengan keluarga. Melalui komunikasi dua hala, secara tidak langsung bukan sahaja dapat merapatkan hubungan silaturahim malahan juga dapat mewujudkan kemesraan lantas memupuk kerjasama antara satu sama lain. Dalam hal ini, nilai saling membantu dan bekerjasama yang termaktub sebagai nilai yang ke-35 dalam Pendidikan Moral dapat dipraktikkan. Perpaduan juga turut dapat dilahirkan apabila masyarakat yang terdiri daripada multietnik terlibat dalam hobi yang sama, visi kudsi Wawasan 2020 sudah pasti dapat direalisasikan. Deduksinya, hobi mendatangkan faedah yang amat bermakna dalam mengaribkan perhubungan antara sesama insan. 

Lontaran idea yang seterusnya, sejak kecil lagi saya suka menyanyi. Ibu bapa telah dapat mengesan bakat yang ada pada diri saya lalu mereka menghantar saya untuk menghadiri kelas muzik. Hinggalah ke hari ini, saya masih suka menyanyi dan tidak dapat dipisahkan dengan aktiviti yang berkaitan dengan muzik bak kata P.Ramlee, lagu dan irama tidak dapat dipisahkan. Sambil menyelam minum air, hobi yang saya pilih sebenarnya dapat mengembangkan dan mengasah bakat saya dalam bidang muzik. Saya juga akan menggunakan masa terluang untuk bermain alat muzik seperti piano. Sesungguhnya, hobi ini telah mengembangkan potensi diri saya yang telah sedia ada. Dengan menyertai sesuatu pertandingan nyanyian, saya akan memperoleh pengalaman baru. Saya juga berlatih menyanyi dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya saya dapat memenangi sesuatu pertandingan kerana saya tahu jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Meraih tempat pertama dalam pertandingan yang saya sertai bagaikan orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi. Ibu bapa dan pihak sekolah turut berbangga dengan kejayaan saya. Kejayaan dalam pertandingan yang disertai dan pengalaman baharu yang ditimba ini telah memantapkan , meningkatkan kemahiran serta memberikan keyakinan dalam diri saya untuk mencari nafas baru dalam kehidupan melalui hobi yang diminati.

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirulkalam hobi banyak mendatangkan faedah kepada segenap strata masyarakat. Oleh itu, saya akan berhati-hati seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak dengan menguruskan masa untuk hobi dan pelajaran saya dengan bijaksana. Selanjutnya, saya juga akan mengelakkan diri daripada melayari laman sesawang yang berunsur negatif agar mental dan jiwa saya tidak goyah dek nafsu yang bermaharajalela . Pada pendapat saya, ibu bapa hendaklah menggalakkan anak-anak mempunyai hobi sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian kerana anak-anak umpama sebutir batu permata yang belum digilap, ibu bapalah yang bertanggungjawab menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah nan berkilau. Remaja yang berkembang baik dari psikologi dan fisiologi akan menjadi tulang belakang dalam memacu kegemilangan negara kelak. Marilah kita memikul tanggungjawab bersama-sama untuk merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 supaya negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.

Gabungan idea daripada kelas 5 Berlian 2013

Monday, August 19, 2013

ESEI PENDERMAAN ORGAN 4

PENDERMAAN ORGAN : ANUGERAH KEHIDUPAN


Oleh Foo Suh Ching

Dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh pancaroba ini, isu pendermaan organ sering kali dipolemikkan sama ada di warung-warung kopi mahupun dibahaskan di parlimen. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, berjuta-juta orang yang memerlukan oran atau tisu yang baru untuk meneruskan kehidupan mereka. Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa antara tahun 1997 sehingga September 2005, seramai 90000 penderma organ bersetuju untuk menderma organnnya. Sebenarnya, pendermaan dan pemindahan organ melibatkan pertukaran tisu atau organ yang tidak berfungsi. Organ yang dipindahkan biasanya adalah daripada organ yang disahkan mati secara klinikal atau dalam erti kata yang lain otak sudah tidak berfungsi lagi. Namun demikian, kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan pendermaan organ masih pada peringkat yang amat rendah. Hal ini disebabkan dari aspek agama dan kekurangan pengetahuan tentang pendermaan organ dan lain-lain lagi.  Persoalaannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menggalakkan pendermaan organ dalam kalangan masyarakat? Oleh hal yang demikian, isu pendermaan organ yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas secara terperinci untuk kepentingan semua pihak.

Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa pendermaan organ merupakan satu amalan yang mulia. Namun demikian, kejahilan dan kurang kefahaman tentang pendermaan organ merupakan faktor utama yang menyebabkan kesedaran yang begitu rendah dalam kalangan masyarakat kini. Orang ramai tidak mengetahui faedah pendermaan organ. Sebaliknya, mereka hanya mengambil berat tentang kesan buruk yang akan berlaku bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing walaupun permindahan organ hanya akan dijalankan selepas seseorang itu disahkan meninggal dunia. Dalam hal ini, kerjasama antara pihak kerajaan dengan media massa seperti surat khabar, radio dan televisyen amat diperlukan dengan komitmen yang padu dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Media massa yang berperanan sebagai penyebar maklumat kepada semua lapisan perlu menyiarkan rancangan dan program dari semasa ke semasa bagi menggalakkan orang ramai mendermakan organ. Biar kita ambil contoh, temu bual dengan pesakit yang memerlukan organ boleh disiarkan secara menerus. Selain itu, media cetak dan media elektonik haruslah mengekhaskan satu program untuk menyiarkan semua maklumat dan berita tentang pendermaan organ. Usaha yang berterusan dan menepati sasaran pasti akan membuahkan hasil. Jelasnya, rancangan dan program yang giat pasti dapat meningkatkan kesedaran orang ramai. 

Sebagai kesinambungan idea saya, terdapat segelintir masyarakat yang beranggapan bahawa pendermaan organ menyalahi dari segi hukum agama. Bertitik tolak daripada itu, badan-badan agama boleh memainkan peranan mereka dengan memberikan penjelasan mengikut agama masing-masing. Dari perspektif keagamaan, pendermaan organ boleh disifatkan sebagai kemuncak sedekah yang digalakkan oleh agama Islam kerana pendermaan organ melibatkan anugerah nyawa kurniaan Allah dan merupakan satu sifat yang mulia. Dengan perkataan lain, badan-badan agama seharusnya membantu pihak berkenaan dengan menggalakkan penganut-penganutnya mendaftarkan diri sebagai penderma. Semua penganut agama harus diterangkan kemuliaan menawarkan diri sebagai penderma. Hal ini boleh ditegaskan bahawa pendermaan organ adalah satu tanggungjawab memandangkan setiap agama menyeru penganut agar menderma organ. Natijahnya, pendidikan agama sememangnya boleh memainkan peranan yang sangat berkesan dan efektif dalam meningkatkan kesedaran dalam program pendermaan organ. 

Lanjutan daripada huraian yang telah diperkatakan di atas, keluarga adalah dunia kecil yang harmoni dapat membentuk ahli masyarakat bahkan ‘Rumah Syurga‘ merupakan tempat terperciknya sinar kebahagiaan dalam kehidupan anak-anak. ibu bapalah memainkan peranan vital dalam memupuk kesedaran terhadap peri penting pendermaan organ dalam diri anak-anak. Hal ini demikian kerana sebahagian besar peratusan pembentukan diri anak-anak bermula daripada rumah. Pepatah Melayu yang mengatakan meletur buluh biarlah dari rebungnya amat bersesuaian ditujukkan kepada para ibu bapa. Para ibu bapa sepatutnya menunjukkan perlakuan yang baik dengan mendaftarkan diri sebagai penderma organ. Hal ini kerana tingkah laku ibu bapa akan diciplak habis-habisan oleh anak–anak. Sikap ini samalah seperti kata peribahasa warisan bangsa yang berbunyi bagaimana acuan begitulah kuihnya; manakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tambahan pula, ibu bapa juga sepatutnya menyokong anak-anak mereka menderma organ dan bukannya mencari pelbagai helah untuk menghalang mereka. Galakan yang kuat daripada ibu bapa amat diperlukan bagi anak-anak untuk melaksanakan tindakan mulia ini. Dengan memberikan sokongan dan galakan, mereka akan lebih yakin terhadap keputusan untuk menderma organ. Izharlah bahawa tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa benih yang baik apabila jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan jatuh ke bumi menjadi penawar. Demikianlah, betapa besarnya peranan ibu bapa ke arah memupuk kesedaran anak-anak tentang pendermaan organ.

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya,maka sebagai akhirukalam pelbagai usaha perlu diteruskan dan dipergiatkan untuk menarik minat orang ramai mendaftarkan diri sebagai penderma organ. Rentetan itu, sinergi daripada semua pihak sangat penting bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tenteng pendermaan organ. Menurut akhbar Kosmos, isteri kepada seorang pegawai polis, Tom Otten berjaya mencari penderma yang sesuai, iaitu Roxanne Boyd Williams, 30, seorang ibu dari Washington. Transplan membolehkan dia hidup seperti biasa dan mempunyai kekuatan untuk menjaga sepasang anak kembar serta seorang bayi berusia tujuh bulan. Seminggu selepas pembedahan bersejarah itu berlangsung, Irene bertemu dengan Roxanne. Sambil memegang tangannya, dia berkata: "Ia (buah pinggang) sememangnya satu hadiah amat besar untuk diberikan kepadanya.” Yang paling nyata, pendermaan organ merupakan anugerah hidup yang tak ternilai. Oleh itu, ayuh rakyat Malaysia! Marilah sama-sama kita mendaftarkan diri sebagai penderma organ demi menyelamatkan nyawa orang lain. Janganlah takut dan beringatlah nyawa orang lain yang memerlukan organ dan tisu untuk hidup lagi penting dari segalanya.

ESEI PENDERMAAN ORGAN 3

PENDERMAAN ORGAN : ANUGERAH HIDUP

Oleh Foo Evelyn

          Beberapa bulan yang lalu, seorang bapa, Azli Mohamed bertindak mendermakan injap jantung, hati dan buah pinggang anak perempuannya yang bernama Farhah Fakhira demi memenuhi hasrat arwah untuk memberikan organnya kepada mereka yang memerlukan. Meskipun sedih, namun ibu bapanya bersyukur kerana hasrat terakhir anak perempuannya berjaya dimakbulkan. Anak gadisnya itu telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pasir Gudang pada bulan Julai yang lalu. Menurut bapanya, anak kedua daripada tiga orang beradik itu melahirkan hasrat untuk menderma organ awal tahun lalu ketika berbual dengan ibunya. Bagi saya, kisah di sebalik perjuangan Farhah Fakhira adalah suatu yang amat mengagumkan kerana hal ini mengenai kisah insan yang sungguh murah hati yang ingin memberi satu lagi peluang hidup kepada orang lain sebelum mereka meninggalkan dunia fana ini. Semua ini adalah bukti bahawa pendermaan organ adalah anugerah hidup yang tidak ternilai. 

      Sudah terang lagi bersuluh, memang tidak dapat dinafikan bahawa pendermaan organ merupakan satu amalan yang mulia. Pendermaan organ bukanlah suatu yang baru di Malaysia dalam dunia perubatan di Malaysia tetapi kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan menderma organ masih pada peringkat yang amat rendah. Bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin meningkat dari tahun ke tahun, namun bilangan pengikrar yang ingin menderma organ setelah kematian masih rendah. Pendermaan organ atau tisu ialah proses mendermakan sebahagian organ atau tisu daripada tubuh badan kita untuk tujuan pemindahan atau transplantasi kepada orang lain yang memerlukan kerana kegagalan atau kerosakan organ atau tisu tersebut. Selepas transplantasi organ, seseorang itu dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik. Pendermaan dan pemindahan organ melibatkan pertukaran tisu atau organ yang tidak berfungsi seperti organ yang disahkan mati secara klinikal atau dalam kata lain kematian otak. 

          Sebagaimana yang kita ketahui bahawa perlaksanaan pembedahan organ yang berjaya sememangnya dapat memberikan manfaat di mana kualiti hidup penerima organ dapat ditingkatkan. Organ yang didermakan juga berkemungkinan tidak berfungsi sebagaimana yang diharapkan oleh penerima di samping parut luka pembedahan boleh menjejaskan penampilan penderma. Selepas transplantasi organ atau tisu, pesakit dapat menghilangkan penderitaan yang ditanggungnya sebelum ini. Rawatan yang diperlukan untuk mengatasi kesan-kesan pembedahan memerlukan masa yang lama di samping kemungkinan menerima kesan sampingan dari ubat-ubatan yang diambil. Selain membolehkan sistem badan pesakit berfungsi secara normal, transplantasi memberikan harapan baru kepada pesakit untuk terus hidup. Dengan adanya bank organ, pesakit tidak perlu menunggu begitu lama untuk menjalani pembedahan. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko kematian awal. 

          Pada kebiasaannya, pemindahan organ dari penderma hidup hanya dibenarkan oleh ahli keluarga yang ada pertalian darah atau hubungan suami isteri. Isu mengenai pendermaan organ adalah sesuatu yang sukar untuk diperkatakan apatah lagi untuk mereka yang kehilangan orang yang tersayang. Keputusan untuk mengizinkan penderma organ dan tisu seseorang yang disayangi apabila mereka meninggal dunia, bukan sesuatu yang mudah. 

         Seseorang yang masih hidup boleh menderma salah satu dari buah pinggang atau sebahagian hatinya. Di samping kesesuaian organ penderma dengan tubuh penerima, penderma organ juga mestilah seorang yang mempunyai kesihatan yang baik dari segi mental dan fizikal. Pendermaan organ ketika masih hidup mempunyai risiko tertentu akibat pembedahan termasuk kematian dan juga kesan negatif dari segi psikologi. Risiko pembedahan termasuklah kesakitan di kawasan pembedahan, jangkitan, pendarahan, darah beku di kawasan luka, kecederaan tisu serta organ lain dan sebagainya. Masalah psikologi yang negatif pula boleh berlaku semasa atau selepas pendermaan dilakukan seperti penyesalan, dendam dan kemarahan sebab pembedahan yang dilakukan. 

        Memandangkan keadaan yang sedemikian kad Pengikrar Penderma Organ telah dilancarkan sejak tahun 1999 sebagai kad indikasi pendaftaran seseorang itu sebagai pengikrar penderma organ. Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan menunjukkan bahawa sebanyak 126 000 bilangan pendaftar pengikrar telah direkodkan di Pusat Sumber Transplan Nasional. Bilangan tersebut amat rendah untuk bilangan penduduk Negara yang dianggarkan seramai 27 juta orang. Sehubungan itu, Pusat Sumber Transplan Nasional diwujudkan bukan sahaja untuk menambah bilangan pengikrar penderma organ, malah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, selain memberikan maklumat dan tentang kepentingan pendermaan organ. Selain itu, pada masa ini juga Kementerian kesihatan Malaysia bekerjasama dengan Pejabat Pos Malaysia untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menderma organ mereka. Hal ini adalah satu tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) untuk menyedarkan masyarakat bahawa ada nyawa yang rakyat Malaysia dengan menderma organ, ada nyawa yang kita boleh selamatkan. Usaha yang berterusan dan menepati sasaran pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan dratisk dilakukan secara bersama oleh pihak kerajaan mahupun pihak swasta. 

          Intihanya, pepatah melayu ada menyatakan bahawa berat mana mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Penderitaan dan kesulitan yang ditanggung hanya difahami oleh mereka yang terlibat sahaja. Namun dalam usaha untuk membantu pesakit berkenaan, perlu dipastikan tidak ada pihak lain pula yang mendapat kemudharatan sama ada yang masih hidup atau yang telah mati. Pendermaan organ merupakan satu tanggungjawab memandangkan setiap agama menyeru penganutnya agar sentiasa mengasihani orang lain. Oleh hal yang demikian, semua masyarakat perlulah berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni agar kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan menderma organ dapat ditingkatkan.





ESEI : PENDERMAAN ORGAN 2



Pendermaan Organ : Anugerah hidup

Oleh Lim Yi Rou

Dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh pancaroba ini, isu pendermaan organ sering dipolemikkan sama ada di warung-warung kopi mahupun dibahaskan di parlimen.Pada era globalisasi dunia tanpa sempadan ini,pendermaan organ amat penting dalam kehidupan masyarakat hari ini. Pendermaan organ merupakan satu proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang sama ada organ atau tisu untuk tujuan transplantasi. Transplantasi merupakan suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, organ yang diderma dapat digunakan sebagai organ ganti untuk menyelamatkan pesakit. Ini dapat mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka dari maut. Antara organ dan tisu yang boleh didermakan ialah buah pinggang, jantung, paru-paru, mata dan sebagainya.Pada zaman dahulu ,pendermaan organ merupakan isu yang kurang dipentingkan oleh masyarakat.Namun begitu,dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini,isu pendermaan organ amat dipentingkan oleh masyarakat kerana hal ini dapat membantu ramai orang yang menghadapi masalah.Menurut kajian yang boleh dipercayai, bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin meningkat dari tahun ke tahun, namun bilangan pengikrar yang ingin menderma setelah kematian masih rendah.Persoalannya kini ,apakah pendermaan organ merupakan anugerah kehidupan ?Persoalan inilah yang perlulah kita renungkan dan bincangkan bersama-sama.Oleh hal yang demikian ,pendermaan organ merupakan anugerah kehidupan yang mewarnai focus perbincangan akan dikupas secara terperinci untuk kepentingan bersama.

Pada realitinya ,memang tidak dapat dinafikan bahawa pendermaan organ bukanlah suatu yang baru di Malaysia kerana ia adalah satu kaedah rawatan yang telah diterima ramai di Negara kita. Negara kita atas dasar keperluan, Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Penderma Organ telah ditubuhkan bagi menggalakkan rakyat di Negara kita mendaftarkan diri sebagai pengikrar penderma organ sejak tahun 1999. Dengan pertubuhan ini, rakyat kita dilihat semakin optimis memberi respons terhadap pendermaan organ yang sebelum ini seringkali menimbulkan ketakutan dan stigma negatif. Perkembangan positif ini dibuktikan menerusi peningkatan jumlah individu yang membuat ikrar atau mendaftar untuk menderma organ. Berdasarkan laporan data dari Pusat Sumber Transplan Nasional, seramai 205,478 daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini, iaitu 28.3 juta mendaftar sebagai pengikrar penderma organ kardeverik. Peningkatan ini sebagai satu kerjayaan yang kecil kerana menghampiri sasaran kerajaan untuk mencapai jumlah penderma seramai 287,000, iaitu satu peratus dari bilangan penduduk Negara kita. 

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, Pusat Sumber Transplan Nasional diwujudkan bukan sahaja untuk menambah bilangan pengikrar penderma organ, malah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat secara tidak langsung memberikan maklumat dan tentang kepentingan pendermaan organ.Hal ini lantaran masih terdapat segelintir bilangan rakyat yang mempunyai tanggapan yang salah terhadap isu pendermaan organ dalam masyarakat kita. Jadi, pengetahuan tentang isu ini perlu disebarkan supaya rakyat kita dapat mengetahui kepentingannya sekali gus mengubah tanggapan mereka yang masih berada di takuk lama. Tambahan pula, Semua agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktirafkan pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia. Ringkasnya , rakyat kita hendaklah berjasa kepada masyarakat kita dengan menghulurkan bantuan terhadap pesakit dengan menjadi pengikrar penderma organ.

Sebagaimana yang kita ketahui , penderma dibahagi kepada dua jenis iaitu penderma hidup dan penderma kadaverik. Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang atau sebahagian hati, dan tulang sahaja. Pendermaan semasa hidup terbahagi kepada dua jenis iaitu Pendermaan ada pertalian saudara dan Pendermaan tiada talian saudara. Pendermaan semasa hidup mempunyai pelbagai risiko walaupun risikonya rendah. Pendermaan ini terhad kepada mereka yang mempunyai pertalian darah atau mereka yang mempunyai hubungan emosi seperti suami isteri sahaja. Hal ini demikian kerana hendak mengelakkan kegiatan jual beli organ berlaku. Sesiapa pun boleh mendaftar sebagai penderma organ. Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun haruslah mendapat kebernaran ibu bapa atau penjaga.

Selain itu, sebagaimana yang kita maklumi, penderma Kadeverik adalah penderma yang telah meninggal dunia. Pendermaan ini amat digalakkan dan diutamakan di negara kita dan tidak memberikan risiko kepada penderma. Penderma kadaverik juga terbahagi kepada dua jenis iaitu Kematian Otak dan Kematian Jantung Berhenti Berdegup. Mati otak ialah satu keadaan apabila tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak yang mengawal aktiviti penghidupan seperti pernafasan dan dengupan jantung mati. Ini boleh terjadi akibat kecederaan otak yang menyebabkan bengkak otak ataupun pendarahan dalam kepala yang teruk, pendarahan spontan akibat pecah urat saluran darah yang tidak normal atau tekanan darah yang tinggi, strok yang teruk, barah otak dan sebagainya. Untuk pendermaan organ, seseorang yang kematian otak tidak akan mempunyai tindak balas dan tidak bernafas. Dengan bantuan mesin , jantung akan berfungsi seketika. Namun organ-organ lain akan mengalami kerosakan dan akhirnya degupan jantung akan berhenti dengan sendiri walaupun dengan sokongan mesin. Pengesahan kematian akan dilakukan oleh dua orang doktor pakar yang bertauliah melalui dua ujian yang berasingan. Doktor-doktor tersebut tiada kaitan dengan tugasan pengambilan atau transplantasi organ. Ujian pengesahan yang dijalankan adalah mengikut protokol yang diterima pakai di merata dunia. Setelah disahkan mati otak, sijil pengesahan akan dikeluarkan dan mesin bantuan pernafasan akan diberhentikan. Sekiranya untuk pendermaan organ, mesin akan diberhentikan di dewan bedah sebelum organ diperolehi. Penderma yang meninggal dunia secara jantung terhenti boleh mendermakan semua jenis tisu jika meninggal dunia di hospital. Bagi mereka yang meninggal di rumah hanya boleh mendermakan mata. Pihak keluarga perlu menghubungi hospital kerajaan terdekat bagi tujuan perolehan tisu tersebut di rumah.

Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketangahkan ialah Tee Hui Yee yang berumur 14 telah mendapatkan jantung baru bagi menggantikan jantung mekanikal yang telah digunakan sejak setahun lalu. Penderma yang berumur 15 tahun yang maut dalam kemalangan jalan raya bukan sahaja mendermakan jantungnya, tetapi juga menderma paru-paru, hati dan buah pinggang yang dipersetujui oleh anggota keluarga dan warisnya. Dengan baik hatinya, Tee Hui Yee dapat hidup sebagai remaja normal dan juga boleh kembali ke sekolah. Penderma itu telah memberikan kehidupan yang baru teerhadap orang yang memerlukan bantuan. Namun begitu, Tee Hui Yee telah meninggal dunia .

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan,pensermaan organ banyak mendatangkan faedak kepada kita. Kehidupan yang bermakna adalah kehidupan harmoni yang dapat dikongsikan bersama-sama orang lain. Kita mempunyai hak untuk membuat keputusan ke atas badan sendiri. Ramai pesakit di Malaysia masih menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ. Dengan adanya ikrar daripada penderma organ, kita dapat mengubah kehidupan seseorang yang mempunyai kegagalan fungsi organ. Pada pendapat saya , kita sepatutnya bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan ibarat hulurkan bantuan, ringankan beban.Dengan ini ,negara kita dapat berdiri sama tinggi , duduk sama rendah dengan negara gergasi yang lain. Diharapkan kita dapat merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020. Marilah kita memikul tanggungjawab bersama-sama untuk kepentingan semua pihak.



ESEI PENDERMAAN ORGAN 1


Pendermaan Organ : Anugerah hidup

Oleh Lim Jia Hui

Sedasawarsa ini sering meninti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu pendermaan organ. Pendermaan organ merupakan satu proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang sama ada organ atau tisu untuk tujuan transplantasi. Transplantasi merupakan suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, organ yang diderma dapat digunakan sebagai organ ganti untuk menyelamatkan pesakit. Ini dapat mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka dari maut. Antara organ dan tisu yang boleh didermakan ialah buah pinggang, jantung, paru-paru, mata dan sebagainya. Pendermaan organ bukanlah suatu yang baru di Malaysia kerana ia adalah satu kaedah rawatan yang telah diterima ramai di Negara kita. Bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin meningkat dari tahun ke tahun, namun bilangan pengikrar yang ingin menderma setelah kematian masih rendah.

Malah sejak tahun 1999, negara kita atas dasar keperluan, Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Penderma Organ telah ditubuhkan bagi menggalakkan rakyat di Negara kita mendaftarkan diri sebagai pengikrar penderma organ. Dengan pertubuhan ini, rakyat kita dilihat semakin optimis memberi respons terhadap pendermaan organ yang sebelum ini seringkali menimbulkan ketakutan dan stigma negatif. Perkembangan positif ini dibuktikan menerusi peningkatan jumlah individu yang membuat ikrar atau mendaftar untuk menderma organ. Berdasarkan laporan data dari Pusat Sumber Transplan Nasional, seramai 205,478 daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini, iaitu 28.3 juta mendaftar sebagai pengikrar penderma organ kardeverik. Peningkatan ini sebagai satu kerjayaan yang kecil kerana menghampiri sasaran kerajaan untuk mencapai jumlah penderma seramai 287,000, iaitu satu peratus dari bilangan penduduk negara kita. 

Sehubungan itu, Pusat Sumber Transplan Nasional diwujudkan bukan sahaja untuk menambah bilangan pengikrar penderma organ, malah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, selain memberikan maklumat dan tentang kepentingan pendermaan organ. Dalam masyarakat kita, masih terdapat segelintir bilangan rakyat yang mempunyai tanggapan yang salah terhadap isu pendermaan organ. Jadi, pengetahuan tentang isu ini perlu disebarkan supaya rakyat kita dapat mengetahui kepentingannya sekali gus mengubah tanggapan mereka yang masih berada di takuk lama. Tambahan pula, Semua agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktirafkan pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia. Maka , rakyat kita hendaklah berjasa kepada masyarakat kita dengan menghulurkan bantuan terhadap pesakit dengan menjadi pengikrar penderma organ.

Penderma dibahagi kepada dua jenis iaitu penderma hidup dan penderma kadaverik. Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang atau sebahagian hati, dan tulang sahaja. Pendermaan semasa hidup terbahagi kepada dua jenis iaitu Pendermaan ada pertalian saudara dan Pendermaan tiada talian saudara. Pendermaan semasa hidup mempunyai pelbagai risiko walaupun risikonya rendah. Pendermaan ini terhad kepada mereka yang mempunyai pertalian darah atau mereka yang mempunyai hubungan emosi seperti suami isteri sahaja. Hal ini demikian kerana hendak mengelakkan kegiatan jual beli organ berlaku. Sesiapa pun boleh mendaftar sebagai penderma organ. Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun haruslah mendapat kebernaran ibu bapa atau penjaga.

Penderma Kadeverik adalah penderma yang telah meninggal dunia. Pendermaan ini amat digalakkan dan diutamakan di negara kita dan tidak memberikan risiko kepada penderma. Penderma kadaverik juga terbahagi kepada dua jenis iaitu kematian otak dan kematian jantung berhenti berdegup. Mati otak ialah satu keadaan apabila tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak yang mengawal aktiviti penghidupan seperti pernafasan dan dengupan jantung mati. Ini boleh terjadi akibat kecederaan otak yang menyebabkan bengkak otak ataupun pendarahan dalam kepala yang teruk, pendarahan spontan akibat pecah urat saluran darah yang tidak normal atau tekanan darah yang tinggi, strok yang teruk, barah otak dan sebagainya. Untuk pendermaan organ, seseorang yang kematian otak tidak akan mempunyai tindak balas dan tidak bernafas. Dengan bantuan mesin, jantung akan berfungsi seketika. Namun organ-organ lain akan mengalami kerosakan dan akhirnya degupan jantung akan berhenti dengan sendiri walaupun dengan sokongan mesin. Pengesahan kematian akan dilakukan oleh dua orang doktor pakar yang bertauliah melalui dua ujian yang berasingan. Doktor-doktor tersebut tiada kaitan dengan tugasan pengambilan atau transplantasi organ. Ujian pengesahan yang dijalankan adalah mengikut protokol yang diterima pakai di merata dunia. Setelah disahkan mati otak, sijil pengesahan akan dikeluarkan dan mesin bantuan pernafasan akan diberhentikan. Sekiranya untuk pendermaan organ, mesin akan diberhentikan di dewan bedah sebelum organ diperolehi. Penderma yang meninggal dunia secara jantung terhenti boleh mendermakan semua jenis tisu jika meninggal dunia di hospital. Bagi mereka yang meninggal di rumah hanya boleh mendermakan mata (kornea). Pihak keluarga perlu menghubungi hospital kerajaan terdekat bagi tujuan perolehan tisu tersebut di rumah.

Sebagai analoginya, Tee Hui Yee yang berumur 14 telah mendapatkan jantung baru bagi menggantikan jantung mekanikal yang telah digunakan sejak setahun lalu. Penderma yang berumur 15 tahun yang maut dalam kemalangan jalan raya bukan sahaja mendermakan jantungnya, tetapi juga menderma paru-paru, hati dan buah pinggang yang dipersetujui oleh anggota keluarga dan warisnya. Dengan baik hatinya, kini Hui Yee dapat hidup sebagai remaja normal dan juga boleh kembali ke sekolah. Penderma itu telah memberikan kehidupan yang baru teerhadap orang yang memerlukan bantuan.

Tidak salah jika kita berbuat kebaikan kepada mereka yang memerlukan. Kehidupan yang bermakna adalah kehidupan harmoni yang dapat dikongsikan bersama orang lain. Kita mempunyai hak untuk membuat keputusan ke atas badan sendiri. Ramai pesakit di Malaysia masih menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ. Dengan adanya ikrar daripada penderma organ, kita dapat mengubah kehidupan seseorang yang mempunyai kegagalan fungsi organ. Alangkah murninya hati seseorang mengikrarkan diri memberikan semua organ dalamannya, dengan harapan selepas kematiannya, masih dapat membantu orang lain. Kita sepatutnya bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan ibarat hulurkan bantuan, ringankan beban. Marilah kita bersama-sama mendaftarkan sebagai pengikrar penderma organ supaya umat manusia dunia kita menjadi penyayang!