FAEDAH-FAEDAH MEMPELAJARI SENI PERTAHANAN DIRI
|
SILAT GAYONG |
[AR] Dalam
menongkah arus perdana pada alaf ini, seni pertahanan diri memainkan
peranan yang sangat vital dalam menjalani kehidupan seharian. [AC] Antara contoh seni pertahanan diri yang menjadi sebutan
ramai dan popular kini ialah Silat, Taekwando dan Wusyu. [AR-AT]
Persoalan yang sering berlegar-legar di gawang
minda saya ialah apakah faedah-faedah mempelajari seni pertahanan diri
dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini. [AC] Faedah-faedah
mempelajari seni pertahanan diri yang boleh diketengahkan adalah untuk
menjaga keselamatan diri, untuk menyihatkan tubuh badan dan untuk
mendisiplinkan diri. [AA] Oleh hal yang demikian,
faedah-faedah mempelajari seni pertahanan diri yang mewarnai
fokus perbincangan akan dikupas secara terperinci untuk kepentingan semua
pihak.
|
TAEKWANDO |
[AT] Suatu hakikat yang tidak boleh
kita abaikan ialah seni pertahanan diri dapat menjamin keselamatan diri seseorang. [AH-B] Dalam konteks ini, seseorang
dapat menjaga keselamatan diri dengan menggunakan segala kemahiran yang
dipelajari dalam seni pertahanan diri untuk menangkis serangan apabila diserang
oleh penjenayah. [AC] Tambahan
pula, kes-kes jenayah semakin meningkat saban tahun dan berleluasa
seperti kes rogol, pecah rumah dan ragut.
[AH-K] Secara tidak langsung, kemahiran
seni pertahanan diri yang dimiliki seperti Silat dapat kita gunakan untuk
membantu orang lain ketika mereka memerlukan pertolongan pada saat-saat
kecemasan. [AP] Jelaslah bahawa dengan
mempelajari seni pertahanan diri, seseorang akan dapat mempertahan diri
daripada segala ancaman penjenayah yang tidak diingini.
|
WUSYU |
[AT] Kita tidak seharusnya memandang
sebelah mata akan kebaikan seni pertahanan diri terutamanya dari aspek kesihatan
diri. [AH-M] Hal ini adalah kerana gerakan-gerakan dalam seni pertahanan
diri umpama suatu senaman yang menyihatkan sekali gus menguatkan otot-otot
badan seseorang. [AC] Bertitik tolak daripada itu, apabila
badan seseorang itu cergas secara tidak langsung minda mereka akan cerdas, bak
kata pepatah badan cergas, otak cerdas. [AH-K] Impaknya, seseorang itu
dapat mengelakkan diri daripada gejala
sosial yang semakin meruncing kerana masa terluang telah diisi dengan
mempelajari seni pertahanan diri. [AP] Deduksinya, memang tidak
dapat dinafikan bahawa mempelajari seni pertahanan diri dapat menyihatkan tubuh
badan seseorang.
|
KUNG FU |
[AT] Umum juga
mengetahui bahawa seni
pertahanan diri dapat mendisiplinkan diri seseorang di samping dapat menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri. [AH-M] Dengan perkataan lain, seseorang
yang mempelajari seni pertahanan diri akan dipastikan sentiasa mematuhi masa
dan syarat-syarat yang ditetapkan terutamanya semasa latihan. [AC] Masa yang diibaratkan emas akan
menjadi keutamaan kepada mereka yang mementingkan masa. [AH-K] Impaknya, nilai-nilai murni
dalam diri akan dapat disebatikan dalam kehidupan setiap ahlinya terutamanya
dari aspek menepati masa, bekerjasama dan bertoleransi. [AP] Izharlah bahawa seni pertahanan diri dapat mendisiplin diri
sekali gus memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seseorang.
[R] Perbincangan saya telah meniti ke
puncaknya, maka
sebagai akhirulkalam seni pertahanan diri banyak mendatangkan manfaat kepada
kita. [C] Lantaran
itu, semua pihak perlulah bekerjasama
mengembangkan seni pertahanan diri umpama ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni agar dapat diketengahkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. [C] Selain
itu, ibu bapa perlu memberikan
galakan kepada anak-anak jika mereka ingin mempelajari seni pertahanan
diri. [p] Di samping
itu, mempertahan diri, seni
pertahanan diri mampu membentuk akhlak serta disiplin, meningkatkan keyakinan
diri dan menyemai ikatan persaudaraan dalam kalangan ahlinya. [H] Malahan, seni pertahanan diri ini juga mampu membentuk keperibadian mulia dan
melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri dan kecintaan yang tinggi
terhadap nusa tercinta.
Terima Kasih Cikgu.
ReplyDeletecikgu, apakah maksud singkatan yang cikgu gunakan?
ReplyDeleteterima kasih cikgu
ReplyDeleteterima kasih cikgu
ReplyDeleteTq
ReplyDelete