Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang perlu dipertahan untuk tatapan generasi akan datang.
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia.
RANGKA KARANGAN
ELEMEN 1
Peranan
Pelbagai Pihak
|
ELEMEN 2
Memartabatkan
permainan tradisional (Kesan / Kebaikan)
|
Ibu
bapa - suri teladan - membelikan permainan tradisional - menurunkan ilmu
cara-cara bermain - cth, gasing, congkak dan wau.
|
anak-anak
dapat mewarisi permainan tersebut daripada ibu bapa / nenek moyang mereka
tentang teknik-teknik atau cara-cara bermain
|
Sekolah
- menganjurkan kelab permainan tradisional - menyediakan lebih banyak alatan
tradisional - menjemput pihak luar
yang mahir dengan permainan tradisional - cth, mengenal nama permainan, cara
bermain.
|
pelajar
dapat mendominasi permainan
tradisional dan dapat melahirkan pelapis muda yang mahir dengan permainan ini
|
Media
massa - menghebahkan permainan tradisional melalui surat khabar, televisyen,
majalah, radio dan internet - menyiarkan iklan - cth, layang-layang
tercantik, teng-teng, congkak
|
menaikkan
imej negara serta negara luar akan tertarik dengan negara kita
|
Kerajaan
- menubuhkan pusat permainan tradisional - mengadakan karnival - mengadakan
kempen - cth, festival layang-layang antarabangsa, jom main permainan
tradisional
|
generasi
muda kini dapat melestarikan permainan
tradisional sebagai warisan serta permainan tradisional akan menjadi popular
dan dikenali seantero dunia.
|
Tak lapuk dek hujan tak lekang dek
panas, ini adalah peribahasa yang perlu kita jadikan pegangan dan panduan dalam
usaha untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Permainan tradisional dapat ditakrifkan secara literal sebagai permainan
budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat untuk satu tempoh tertentu.
Sejak dua tiga dekad ini, dapat kita saksikan betapa permainan tradisional
semakin ditelan zaman seiring dengan
arus pemodenan masa kini. Pada masa yang sama, permainan elektronik
semakin diagung-agungkan dalam kalangan masyarakat masa kini. Dalam konteks
ini, permainan tradisional semakin dipandang enteng oleh masyarakat Malaysia
dek pengaruh permainan elektronik yang semakin mendapat tempat di hati
masyarakat seantero dunia. Persoalannya kini, adakah kita bersedia untuk
melihat satu-satunya warisan daripada nenek moyang kita hilang begitu sahaja
secara perlahan-lahan tanpa kita sedari, ibarat daun kering yang terbang ditiup
angin? Adakah kita sanggup melihat masyarakat sekarang semakin jatuh jauh ke
dalam kancah permainan elektronik yang sebenarnya tanpa kita sedar atau tidak
banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan bagi seseorang itu sendiri.
Persoalan yang sering menerjah dan menerawang di gawang minda fikiran kita
ialah apakah peranan pelbagai pihak untuk memartabatkan lagi permainan
tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia? Antara peranan pelbagai pihak
yang boleh dilakukan ialah menganjurkan kelab permainan tradisional dan
mengadakan kempen untuk mengangkat martabat permainan tradisional ke satu tahap
yang lebih tinggi. Oleh hal yang demikian, pelbagai prakarsa yang konkrit,
sistematik lagi pragmatik akan dikupas serta dibugar dengan lebih terperinci
demi kemaslahatan semua pihak yang masih tercari-cari tongkat mereka untuk
dijadikan panduan.
Suatu
hakikat yang tidak boleh dipertikaikan ialah ibu bapa memainkan peranan yang signifikan
dalam usaha untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi muda
khususnya anak-anak. Sebagaimana yang kita ketahui, ibu bapa sering menjadi
suri teladan untuk anak-anak mereka yang sedang meningkat dewasa. Hal ini
adalah kerana, setiap perbuatan ibu bapa akan dicontohi anak-anak seperti
peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Sebagai contohnya, ibu bapa
boleh membelikan anak-anak permainan tradisional sebagai hadiah atau buah
tangan sekiranya ibu bapa pulang dari bekerja di luar daerah seperti congkak
dan gasing. Dalam konteks ini, ibu bapa boleh menurunkan ilmu yang
dipelajarinya satu ketika dahulu kepada anak-anak mereka. Pada masa yang sama,
ibu bapa boleh membawa anak-anak ke tempat rekreasi untuk bermain dengan
permainan tradisional. Peribahasa yang berkaitan dengan hal ini ialah melentur
buluh, biarlah dari rebungnya. Secara langsung, anak-anak dapat mewarisi
permainan tradisional daripada ibu bapa mereka tentang teknik dan cara- cara
bermain. Sekiranya, ibu bapa memainkan peranan mereka maka, permainan tradisional ini akan kekal sepanjang zaman
walaupun sudah berdekad lamanya. Tegasnya, peranan ibu bapa amat signifikan
dalam usaha untuk memperkenalkan permainan tradisional yang semakin ditelan
zaman agar dapat terus diwarisi dari generasi ke generasi.
Memang
tidak dapat disangkal lagi bahawa peranan pihak sekolah juga merupakan salah
satu usaha yang penting untuk memartabatkan permainan tradisional dalam
kalangan remaja di Malaysia. Dalam konteks ini, pelbagai usaha yang boleh
dilakukan oleh pihak sekolah supaya pelajar lebih mengenali dan meminati
permainan tradisional kerana tak kenal maka tak cinta. Sebagai contohnya, pihak
sekolah boleh menganjurkan kelab permainan tradisional sejak dari awal lagi
supaya usaha-usaha lain dapat dilakukan melalui kelab tersebut. Dalam hal ini,
untuk menarik minat pelajar menyertai program-program yang dianjurkan, pihak
persatuan boleh menjemput tetamu dari luar
yang mahir dalam permainan tradisional untuk membimbing mereka tentang
cara dan teknik bermain permainan tradisional yang betul. Secara langsung, para
pelajar dapat mendominasi permainan tradisional dengan lebih baik lagi kerana
jauhari juga yang mengenal manikam. Tambahan pula, pihak sekolah boleh
mengadakan acara dan pertandingan yang menarik yang boleh disertai oleh para
pelajar dan guru. Bertitik tolak daripada itu, pihak sekolah perlu menyediakan
lebih banyak alatan permainan tradisional yang boleh digunakan di sekolah bagi
memudahkan para pelajar untuk menggunakan alatan permainan tradisional. Secara
tidak langsung, para pelajar akan lebih mendekatkan diri dengan permainan tradisional
dan mengekalkan warisan bangsa dalam diri setiap pelajar. Begitu juga halnya
dengan pengekalan permainan tradisional yang perlu ditekankan oleh setiap pihak
agar warisan ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Izharlah bahawa,
pihak sekolah mestilah memainkan peranan untuk memartabatkan permainan
tradisional dalam kalangan remaja di Malaysia.
Lanjutan
daripada huraian yang telah dinyatakan di atas ialah media massa perlu memainkan
peranan yang tidak kurang pentingnya dalam usaha untuk memartabatkan permainan
tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia. Umum mengetahui bahawa, media
massa merupakan satu medium yang sentiasa menguar-uarkan sesuatu berita dengan
cepat, tepat dan sahih. Bertitik tolak daripada itu, pihak media massa boleh
menghebahkan tentang permainan tradisional melalui surat khabar,
majalah,radio,internet dan televisyen. Tambahan pula, media massa boleh
menganjurkan pertandingan melalui program seperti jom heboh dengan tawaran
hadiah yang lumayan. Yang paling nyata ialah apabila media massa memaparkan
iklan-iklan yang menarik mengenai permainan tradisional kita maka, masyarakat
dari negara luar akan tertarik untuk mengetahui dengan lebih dalam tentang
permainan tradisional ini. Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa media
massa mampu mendominasi seluruh masyarakat di setiap ceruk rantau dunia. Bagi
membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah sukan sepak
takraw yang kini telah diangkat sebagai salah satu acara sukan yang dipertandingkan
di peringkat antarabangsa iaitu piala dunia. Dalam hal ini dapat kita lihat
bahawa negara luar seperti Thailand kini telah menguasai sukan sepak takraw dan
mampu menandingi Malaysia. Impaknya, media massa yang memaparkan sukan ini dapat
mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat seantero dunia
tanpa mengira perbezaan latar belakang, agama, bangsa dan negara. Jelaslah
bahawa, media massa perlu bergerak dengan lebih giat lagi dalam usaha untuk
memartabatkan permainan tradisional yang diwarisi secara turun-temurun oleh
masyarakat Malaysia agar diangkat lebih tinggi hingga ke peringkat antarabangsa
dan membuka mata dunia tentang keistimewaan negara yang bernama Malaysia.
Umum
mengetahui bahawa pihak kerajaan merupakan peranan yg penting dalam mengekalkan
permainan tradisional. Beritik tolak daripada itu, pihak kerajaan seperti
Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan dapat mengekalkan permainan
tradisional dengan mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri
dan kebangsaan. Sebagai analognya, rakyat daripada pelbagai kaum dapat
mengetahui dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional yang hampir
tenggelam oleh peredaran zaman. Pada masa
yang sama, pihak kerajaan boleh memperluaskan permainan tradisional
negara Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa. Melalui cara ini, rakyat
dapat membuka mata bahawa permainan tradisional juga dapat dibawa ke peringkat
antarabangsa dan mendapat perhatian di mata dunia. Sebagai contohnya, permainan
wau dan layang-layang. Tambahan pula, ramai pelancong asing melawat ke Malaysia
untuk melihat pertandingan layang-layang yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia
pada saban tahun. Secara eksplisitnya,
rakyat Malaysia tidak mudah untuk melupakan permainan tradisional yang semakin
pudar di mata rakyat. Dalam konteks ini,
pihak kerajaan boleh memperkenalkan program Cintai Permainan Tradisional agar
rakyat mampu menyelami dan mempelajari permainan tradisional dengan lebih mendalam.
Dengan cara ini, permainan tradisional tidak akan mudah terhakis pada zaman
akan datang. Izharlah bahawa, pihak kerajaan mampu melestarikan permainan
tradisional yang diwarisi secara turun-temurun oleh masyarakat Malaysia hingga
ke tahap antarabangsa.
Perbincangan
saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirul kalam seluruh masyarakat
Malaysia tidak seharusnya membiarkan warisan Malaysia yang berharga seperti
permainan tradisional ini lenyap terus daripada muka bumi ini. Jika semua pihak
berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, kelurah sama dituruni, isu ini
akan dapat ditangani oleh masyarakat Malaysia dan warisan paling berharga ini
akan tetap diamalkan dari generasi ke generasi akan datang. Tambahan pula, kita
sebagai pewaris khazanah negara tidak mungkin akan membiarkan permainan
tradisional ini terus menjadi sejarah yang hanya diketahui namanya sahaja dan
tiada siapa pun yang dapat mewarisi kemahiran atau teknik bermain permainan
tradisional untuk diturunkan kepada generasi pada masa akan datang. Bertitik tolak
daripada itu, kita sebagai penerus warisan negara perlu mengambil inisiatif
yang pragmatik,vital,kreatif dan kritis supaya dapat memanifestasikan generasi
pewaris negara yang tidak akan melupakan warisan mereka seperti kacang lupakan
kulit. Dalam konteks ini, generasi sekarang perlulah memupuk rasa cinta akan warisan negara agar dapat menyanjungi dan menghargai warisan negara sejak dari
rebungnya lagi. Pada masa yang sama, masyarakat Malaysia perlu
bersungguh-sungguh dalam memastikan warisan negara ini sentiasa terpelihara dan
tidak hilang ditelan zaman serta terus hidup subur dihati, fikiran dan diri
masyarakat itu sendiri. Prakarsa yang diambil memerlukan komitmen yang padu
daripada semua pihak dan bukannya hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam mahupun
melepaskan batuk di tangga sahaja. Kendatipun demikian, kita masih perlu
menjangkau sehabis tangan bagi mempertahankan khazanah warisan tinggalan nenek
moyang kita yang ulung ini agar tidak dilupakan terus oleh masyarakat. Marilah
kita sama-sama menjangkau sehabis tangan untuk mencorakkan masa depan negara
dengan warna seindah pelangi dalam merealisasikan misi dan visi kudsi Wawasan
2020.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGood 👍
ReplyDeleteGood 👍
ReplyDeleteOmg its really helpful thx u for wasting time posting a great karangan of urs :-)
ReplyDeleteit's true
DeleteIts not wadting
DeleteU should say spending
Spending maksud dia meluangkan masa
DeleteWasting tu membazir masa
tq
ReplyDeleteIBU SARTIKA/SURWANTO seorang TKI DI HONGKONG
ReplyDeletepengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran hongkong
angka yang di berikan waktu itu 4D
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai
Maaf sebelumnya nama saya Valeria Armita Rahayu TKI dari Hong-Kong jika lewat Tempat ini saya menceritakan kisah hidup saya niat saya hanyalah semata ingin berbagi tapi semua tergantung Anda percaya atau tidak yg jelasnya ini kisah nyata saya...
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah kini saya bisa menghirup udara segar di indonesia karnah sudah sekian lama saya ingin pulang ke kampung halaman namun tak bisa sebab,saya harus bekerja di negri orang (HongKong) karna ada hutang orang tua yang harus saya lunasi...Singkat cerita namun saya tidak pusing lagi sebab kemaring saya di berikan Info oleh seseorang yang tidak saya kenal,katanya kalau mengalami kesulitan baik dalam Kesehatan atau Ekonomi,Terlilit hutang silahkan minta bantuan sama MBAH WIRANG di Nomer telfon ( 082_346_667_564 ) di jamin bantuan beliau 100% …Jadi saya beranikan diri menghubungi beliau dan menyampaikan semua masalah saya dan alhamdulillah saya bisa di bantu,,,Singkat cerita kini semua hutang orang tua saya sama rentenir semua sudah terlunasi dan punya modal besar untuk buka usaha di indon dan rencana bulan depan saya balek ke indon...
Jadi buat yang pengen seperti saya silahkan hubungi MBAH WIRANG di nomer ( 082_346_667_564 ) Anda tidak usah ragu akan adanya penipuan atau hal semacamnya sebab saya dan yg lainnya sudah membuktikan keampuhan bantuan beliau mungkin sudah waktunya giliran Anda...salam saudara-saudari TKI semua...
good !
ReplyDeletegood !
ReplyDeleteexciting...it is so helpful to me
ReplyDeleteinteresting
Deletewow i'm grateful have you in my life
ReplyDeletewow
ReplyDeleteKarangan yang baik dan mantap
ReplyDeleteThank you
ReplyDeletegood
ReplyDeletehood
ReplyDeletekarangan yg sangak baik
ReplyDeletePadu♡confirm A+ karangan SPM kalau mcm ni
ReplyDeleteGood
ReplyDeleteThanks for sharing. Good!
ReplyDelete팁과 정보에 감사드립니다 .. 정말 감사합니다 먹튀검증
ReplyDeleteI was reading some of your content on this website and I conceive this internet site is really informative ! Keep on putting up 먹튀폴리스
ReplyDeleteKarangan yang menarik, permainan tradisional yang sama seperti yang pernah saya lihat didalam mimpi saya. Jika tertarik bisa lihat arti mimpi
ReplyDeletekarangan yang sangat bagus . Terima kasih
ReplyDelete