Friday, October 7, 2011

KEPENTINGAN SUNGAI

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sungai merupakan nadi kehidupan kita. Namun begitu, selaras dengan peralihan zaman, masalah pencemaran air semakin menjadi-jadi. Pencemaran yang berlaku telah mengakibatkan kawasan tadahan air dimusnahkan. Hal ini juga telah banyak memberikan implikasi yang buruk kepada manusia dan hidupan lain, terutamanya hidupan akuatik. Pembuangan sampah sarap dan sisa toksik ke dalam sungai telah membawa kepada pencemaran sungai. Sungai yang tercemar akan menjadi semakin cetak dan mudah menyebarkan penyakit kencing tikus. Lama-kelamaan, dunia juga akan menghadapi krisis bekalan air bersih. Dengan ini, kita wajiblah mengekalkan kebersihan sungai sebelum keadaan sungai menjadi teruk kerana sediakan payung sebelum hujan.


Sejak zaman lampau lagi, sungai telah memainkan peranannya yang penting dalam kehidupan harian kita. Sungai merupakan sumber bekalan air yang utama kepada manusia dan haiwan. Manusia menggunakan air untuk pelbagai tujuan seperti sebagai air minuman dan kegunaan domestik. Bekalan air yang bersih sangat penting dalam kegunaan harian supaya peralatan yang kita guna akan sentiasa dicuci dengan bersih. Hal yang demikian kerana peralatan yang kotor lazimnya mempunyai bakteria pada permukaanya yang akan mempengaruhi kesihatan kita. Jika peralatan berkenaan tidak dicuci sehingga bersih, kuman-kuman seperti pada permukaan pinggan akan masuk ke dalam badan kita. Lanjutan itu,kita akan menghidap sesuatu penyakit. Jelaslah bahawa betapa pentingnya sungai dalam kehidupan harian kita. Oleh itu,cintailah sungai kita dengan memelihara dan memulihara sungai supaya dapat memastikan bekalan air bersih yang berterusan.


Tambahan pula, sungai membekalkan makanan dan pendapatan kepada manusia. Sungai merupakan habitat haiwan akuatik seperti ikan, udang dan ketam yang membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, udang dan ketam sangat tinggi. Pengambilan protein yang mencukupi membolehkan tumbesaran badan kita berkembang dengan seimbang. Sementara itu, sungai mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan. Hal ini kerana sungai memberi rezeki kepada mereka yang menetap berhampiran sungai dengan melakukan aktiviti menangkap hasil sungai seperti ikan dan udang. Tuntasnya, kita seharusnya menyayangi sungai yang membekalkan makanan dan pendapatan kepada kita.


Peranan sungai juga dapat dilihat apabila sungai dijadikan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan. Hal ini kerana sungai mempunyai landskap yang menarik. Sebagai contohnya, Negara Endau-Rompin yang terletak di legeh sungai Endau dan sungai Rompin telah dijadikan sebagai kawasan rekreasi yang menjadikan tarikan pelancongan. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di kawasan tersebut seperti berkayak,menjejaki hutan, memancing dan berkelah. Selain itu, sungai digunakan untuk menjana hidroelektrik dengan membina empangan untuk membekalkan sumber tenaga kepada rakyat. Empangan yang dibina juga berpotensi menjadi suatu kawasan pelancongan yang menarik. Secara langsung dan tidak langsung, sektor pelancongan negara akan berkembang pesat. Oleh itu, kita sewajarnya mengekalkan kebersihan air sungai supaya kawasan sungai dapat dijadikan sebagai tempat pelancongan.


Sungai juga memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan perhubungan. Hal ini disebabkan oleh sungai telah menjadi jalan perhubungan utama untuk menghubungkan kawasan pedalaman dengan kawasan bandar. Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya juga dapat dihubungkan dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara kita dengan mempunyai pengangkutan darat, udara dan air. Sebagai contoh, sungai dapat mengangkut kayu balak dari hutan ke kawasan bandar. Hal ini bukan sahaja menjimatkan tenaga pekerja, malah juga dapat menjimatkan kos pengangkutan. Dengan ini, kita mestilah menyayangi sungai supaya fungsinya sebagai medium pengangkutan dan perhubungan dapat dilestarikan.

Kesimpulannya, kepentingan sungai kepada manusia memang sudah dikawal pasti sejak zaman-berzaman. Sungai memainkan peranan yang besar dalam membekalkan makanan dan minuman kepada manusia. Pada masa dahulu sungai telah dijadikan sebagai jalan perhubungan antara satu tempat ke satu tempat yang lain. Bagi memelihara sungai, pelbagai prakarsa telah dijalankan oleh pihak berkuasa seperti Kempen Cintai Sungai. Sungai yang tercemar akan memudaratkan kehidupan. Oleh itu, wajarlah sungai dipelihara untuk tatapan generasi akan datang bagi menjamin kesinambungan kehidupan di muka bumi ini.
[608 patah kata]

Nukilan ; Kumpulan Koh Yan Chyi 5 Berlian 2011

77 comments:

  1. assalamualaikum cikgu terimakasih dgn nota kepentingan sungai ni ~rujukan yang baik utk kerja sekolah anak saya

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum cikgu, saya ambik sikit isi penting dalam artikel cikgu. terima kasih sebab dah tolong saya :)

    ReplyDelete
  3. salam...terima kasih cikgu atas penerangan sungai di atas..saya ambil sedikit maklumat untu kegunaan kajian saya...

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana telah menolong saya dengan kerja sekolah saya.. Boleh cikgu tolong saya lagi dengan "Perbezaan Sungai Dahulu Dan Kini"?

    ReplyDelete
  5. Terima kasih cikgu.. salam sayang dari sabah

    ReplyDelete
  6. Saya ambil isi penting dlm artikel cikgu.. Terima kasih cikgu :)

    ReplyDelete
  7. time kaseh sbb dpat share somethings..

    ReplyDelete
  8. terima kasih untk krgn ini.krgn ni dpt bntu saya untk buat bm..

    ReplyDelete
  9. ini ialah sumber rujukan saya sewaktu menjawab soalan sejarah kertas tiga .. akhirnya terjumpa juga .. :D -akhma-16tahun-SMK Tersang ,Raub ,Pahang-

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. terima kasih banyak banyak cikgu

    ReplyDelete
  12. terima kasih cikgu saya ambil sikit isi dalam karangan cikgu

    ReplyDelete
  13. terima kasih cikgu saya dapat lebih pengetahuan daripada petikan ini thank you ; )

    ReplyDelete
  14. terima kasih cikgu .. dengan nota yg cikgu bagi ni . dapat membantu lagi karangan sy .. terima kasih ..

    ReplyDelete
  15. terima kasih cikgu sayang cikgu :)

    ReplyDelete
  16. Ammm cikgu sumbangan sungai kepada masyarakat x da ka

    ReplyDelete
  17. Ammm cikgu sumbangan sungai kepada masyarakat x da ka

    ReplyDelete
  18. tq cigu atas blog cigu ni btw kn cigu ada yg lbih pendek kh karangn ni..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum cikgu,, saya nak mintak halal saya ambik karangan ini untuk buat contoh..

    ReplyDelete
  20. Assalam cg, sya nak mintak izin cg utk ambik isi sedikit dri karangan cg ye

    ReplyDelete
  21. Thanks cikgu sangat membantu 😊😄😊

    ReplyDelete
  22. Semoga cikgu terus sukses menjadi seorang pendidik yang berdedikasi....TQ cikgu ^_^....

    ReplyDelete
  23. terima kasih cikgu untuk isi karangan cikgu..bnyk membantu sya untuk mejawab exam final sem2 MRSM TGB...

    ReplyDelete
  24. terima kasih cikgu untuk isi karangan cikgu..bnyk membantu sya untuk mejawab exam final sem2 MRSM TGB...

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum cikgu, izinkan sy mengambil karangan diatas sbgai rujukan utk pepriksaan spm 2016 ini. Terima kasih ^_^

    ReplyDelete
  26. terima kasih cikgu............ nota yang terbaik saya baca

    ReplyDelete
  27. sumber air bersih boleh tulis apa?

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum. saya minta izin untuk menyimpan krngn ni bagi tujuan rujukan. tq smoga hidup diberkati Allah

    ReplyDelete
  29. Tq cg . Dapat rujuk kat keje skolah sy

    ReplyDelete
  30. Tq cg . Dapat rujuk kat keje skolah sy

    ReplyDelete
  31. Minta izin ambik sikit idea untuk karangan :)

    ReplyDelete
  32. Nota ini sgt baik untuk sy.....ia sgt mudah sy fahami

    ReplyDelete
  33. terima kasih cikgu.. tapi knp sampai 600 pp?

    ReplyDelete
  34. Terima kasih cikgu. Kerana cikgu saya dapat menyelesaikan masalah folio sya

    ReplyDelete
  35. Tq cikgu..saya ambil sedikit ye point cikgu^,^

    ReplyDelete
  36. thank you cikgu kerana sudi berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  37. Thank you very much. This informations helps a lot for my pt3 exam.

    ReplyDelete
  38. Assalam terima Kasih cikgu atas pemberianNya maklumat..saya ambil sedikit maklumat untuk Kk Bm..

    ReplyDelete
  39. Ckgu sya nak point ja..susah nah baca semua ni

    ReplyDelete
  40. terima kasih Cikgu,maklumat ini sangat membantu saya untuk menyiapkan tugasan karangan sekolah saya

    ReplyDelete
  41. Apakah kepentingan laut kepada rakyat negara

    ReplyDelete
  42. Terima kasih cikgu .. karangan yang cikgu bagi sangat bermanfaat dan sesiapa yang membacanya sekali gus dapat insafkan diri daripada mencemarkan alam sekitar SAYANGILAH ALAM SEKITAR :)

    ReplyDelete
  43. assalamualaikum..mohon izin kongsikan karangan ini dengan murid - murid ...terima kasih

    ReplyDelete