Friday, October 7, 2011

USAHA-USAHA MENGGALAKKAN SEKTOR PELANCONGAN DI MALAYSIA



Industri pelancongan memang merupakan suatu sektor yang penting bagi sesebuah negara.Hal ini demikian kerana industri ini menyumbangkan hasil dan pulangan yang lumayan kepada sesebuah negara dalam aspek pendapatan negara. Daripada perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, jumlah pelancong ke Malaysia dari Januari hingga Disenber 2010 ialah 24.6 juta orang.  Pelancong Asia Barat menunjukkan peningkatan pada tahun 2006 berbanding tahun 2005.  Jumlah pelancong yang melawat ke Malaysia bagi tempoh enam bulan pertama tahun tersebut meningkat 44 peratus kepada 7.23 juta berbanding 5.02 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya meskipun keadaan ekonomi serantau yang kurang memuaskan kini. Pada pendapat saya, pelbagai usaha dan aktiviti perlu dijalankan untuk menggalakkan pelancongan di Malaysia.

      Sebagai kesinambungan idea saya, pihak kerajaan dan pihak swasta perlu melakukan pelbagai usaha untuk memperkenalkan Malaysia ke mata dunia. Kerajaan hendaklah menggiatkan promosi untuk merancakkan aktiviti pelancongan yang diadakan di negara kita. Promosi tentang destinasi pelancongan yang menarik, kebudayaan dan karnival jualan boleh dilaksanakan dengan komitmen yang padu bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga ataupun hangat-hangat tahi ayam. Sebagai contohnya, kementerian Pelancongan telah mengadakan promosi kebudayaan bagi menarik pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan di Arab Saudi. Usaha memperkenalkan negara ini juga boleh dijalankan melalui penggunaan teknologi maklumat seperti internet bagi menyebarluaskan maklumat tentang pelancongan di negara ini. Penggunaan internet dapat memastikan semua pelancong memperoleh maklumat yang tepat mengenai destinasi pelancongan menarik dan aktiviti pelancongan di Malaysia. Jelasnya, promosi yang giat dapat memastikan semua maklumat pelancongan disebarkan secara berkesan bagi menarik kunjungan pelancong. Hal ini demikian juga mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang diminati. Natijahnya, industri pelancongan negara kita dapat bersinar dan terserlah ke seluruh dunia dan dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara lain.

        Selain itu, pihak swasta haruslah berganding bahu dengan pihak kerajaan membuka pusat-pusat percutian yang bertaraf dunia agar industri pelancongan negara kita dapat bersaing dengan negara-negara lain di dunia. Hal ini serupa dengan bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Inisiatif ini boleh dilaksanakan dengan memperbanyak pembinaan hotel lima bintang yang mengenakan kadar bayaran berpatutan diiringi dengan bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong . Sebagai analoginya, tindakan yang dijalankan oleh Hotel Seri Malaysia memperkenalkan pakej penginapan murah berserta makanan tradisional tempatan telah berjaya meningkatkan jumlah pelancong menginap di hotel tersebut. Bagi membuktikan perkara ini, perangkaan yang boleh diketengahkan ialah pertambahan ketibaan pelancong antarabangsa dan pertumbuhan pelancongan domestik yang kukuh telah menyumbang kepada peningkatan kadar penginapan hotel purata daripada 59.2 peratus pada tahun 2000 kepada 63.5 peratus pada tahun 2005. Pendek kata, sekiranya langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik dijalankan secara berterusan sudah tentu kedatangan pelancong ke Malaysia bagaikan di mana ada gula di situ ada semut.

       Selain itu, seharusnya kita tidak mengetepikan peranan sekolah dan peranan ibu bapa dalam menggalakkan sektor pelancongan di Malaysia. Memang diakui bahawa peranan sekolah dan ibu bapa amat penting dalam pendidikan anak. Ibu bapa yang menjadi guru di rumah haruslah mengasuh anak dengan sikap melentur buluh biarlah dari rebungnya tidak harus kita ketepikan kerana api tatkala kecil menjadi kawan apabila besar menjadi lawan. Hal ini supaya anak mereka tidak terlibat dalam gejala sosial seperti vandalisme yang menjatuhkan imej negara kita semasa pelancong dari luar negara datang ke negara kita. Bertitik tolak daripada itu, pihak sekolah berperanan dalam menggalakkan sektor pelancongan di Malaysia. Oleh itu, subjek yang memperkenalkan Malaysia seperti Geografi dan Sejarah harus banyak diperkenalkan oleh guru Sejarah. Kelab Pelancongan boleh ditubuhkan bagi memupuk minat pelajar untuk melancong. Seterusnya, pihak sekolah juga bolah manganjurkan aktiviti seperti lawatan sambil belajar dan pertandingan membuat folio tentang tempat pelancongan untuk mendalami ilmu pengetahuan pelajar tentang tempat pelancongan tersebut. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menampilkan filem tentang adat resam dan keistimewaan berkaitan tempat pelancongan seperti di Sabah dan di Sarawak. Dalam konteks ini, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk membawa anak mereka melancong supaya mereka tidak menjadi katak di bawah tempurung. Hal ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara keluarga tetapi juga dapat merehatkan minda sekeluarga. Oleh itu, peranan ibu bapa dan sekolah penting dalam menggalakkan pelancongan di Malaysia.

       Ketika negara dan rakyat sedang rakus dan ghairah memburu kemajuan, kita sebagai masyarakat terlupa menjimatkan pengaliran keluar wang negara. Apabila melancong di negara kita, wang perbelanjaan untuk pelancongan diperolah semula oleh kerajaan melalui cukai yang dikenakan. Sekiranya melancong ke luar negara, segala perbelanjaan diperoleh oleh rakyat dan kerajaan negara asing. Perkara ini akan merugikan diri sendiri serta negara. Di samping itu, melancong dalam negara dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Dengan mengunjungi tempat-tempat yang belum pernah dilawati, kita dapat menambahkan pengetahuan dan mengenali secara lebih mendalam dan lebih dekat dengan khazanah warisan bangsa di tanah air kita. Tambahan pula, kita dapat mengetahui keunikan budaya dan tradisi masyarakat serta panorama di negeri-negeri lain di Malaysia. Dengan aktiviti melancong di dalam negara, kita akan mengetahui apa-apa yang ada, yang kurang, yang perlu ada di tempat berkenan berbanding dengan tempat sendiri, kemudian menyalurkan idea-idea bernas untuk pembangunan negara. Kita harus melancong di negara sendiri demi menghayati warisan khazanah bertaraf dunia yang masih belum dilawati.

Deduksinya, pelbagai usaha dan kempen perlu diteruskan dan dipergiat untuk menarik lebih banyak pelancong agar melancong ke negara kita. Rentetan itu, sinergi daripada semua pihak sangat penting bagi memajukan industri pelancongan di negara kita. Pihak kerajaan, pihak swasta, agensi pelancongan dan rakyat negara kita perlu berganding bahu bagi meningkatkan martabat industri pelancongan. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu iaitu hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Sekiranya rakyat dan pelbagai pihak tidak bekerjasama, sudah tentulah matlamat untuk memajukan ekonomi negara kita tidak akan tercapai. Oleh itu, kejayaan dalam sektor pelacongan di negara kita dapat direalisasikan sekiranya semua pihak berusaha memajukan industri pelancongan kerana peribahasa ada mengatakan, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

[823 patah kata]

Oleh; LEE YEE, XUE LI,SIN YEE, AMUNA – 5 BERLIAN 2011

19 comments:

  1. assalamualaikum, menarik ..

    Di sini terdapat satu kekeliruan,penggunaan peribahasa " melepaskan batuk di tangga ". Sesetengah pendapat menyatakan bahawa " melepaskan batok di tangga " merupakan peribahasa yang sebenar??

    sumber : http://www.perakini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=187:peribahasa-seperti-melepaskan-batuk-atau-batok-di-tangga&catid=45:sumber-bloginternet&Itemid=73

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul. batok tu merupakan tempurung, yang digunakan sebagai gayung untuk menceduk air untuk membasuh kaki.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. salam
    saya nak tanya adakah contoh karangan di atas boleh tukar tajuk kepada kelebihan malaysia menjadi destinasi pelancongan?

    ReplyDelete
  4. Thank u so much cikgu. Harap dapat meneruskan esei yang menarik dan menjadi tajuk utama dalam peperiksaan ;)

    ReplyDelete
  5. Saya merupakan pelajar tingkatan enam. Boleh saya tahu link-link esei yang cikgu tahu. Apa saja subjek. Ting. 6 sekarang kekurangan buku. Sukar utk kami membuat rujukan.

    ReplyDelete
  6. terlalu teruja .. terkedu apabila mlihat karangan yang mantap cenggini.. :)

    ReplyDelete
  7. Salam cikgu.,cikgu saya ingin bertanye,.bagaimanakah caranya pelancongan boleh merapatkan hubungan antara negara serantau ? Boleh cikgu beri pandangan cikgu

    ReplyDelete
  8. Terima ksih cikgu krna mlempar idea di atas ;)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  10. yang sebenar : melepaskan batok di tangga. batok di sini merujuk kepada gayung yang diperbuat daripada tempurung kelapa..

    begitu juga dengan harapkan pagar pagar makan padi.. sebenarnya harapkan pegar, pegar makan padi. pegar di sini merujuk kepada sejenis burung yang makan padi apabila tiada orang..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Tuan/Puan.
    Looking for Minibus/Van/Car Hire/Rental for traveling in Bandung? We provide various type of transport from 7 seater up to 19 seater in BUDGET.

    MPV (7 seater) : Rp 400K/day (Our fleet are Avanza, Livina, APV)
    VAN (12-19 seater) : Rp 850K/day (Our fleet are Hiace, Isuzu Elf)
    Price including Car/Van Hire and driver fee. Hiring period is 24 hour (in same date). No overtime charge. This is NOT 12 or 18 hours hiring period like other companies.

    For Petrol we use PAY AS YOU USE system means you only pay as far as you go according to petrol meter on dashboard. It keeps your travel budget in control. FYI, for whole day traveling it won't be that much around Rp 50-100K. For toll road and parking follow the price on the road. Ask us for detail.

    Booking and question (We speak fluent english)
    WhatsApp / Text / iMessage / Call
    +62 818 0201 5555 & +62 821 15161817 / +62 858 600 91092
    PIN BB : 76BEF43F | 7E5B1279
    email :everyholiday.bdg@gmail.com

    We do also airport pick up and transfer services.
    Bandung's Airport for MPV Rp 250K & VAN Rp 400K
    Jakarta's Airport for MPV Rp 800K & VAN Rp 1.400K

    We provide budget hotel booking, attraction ticket, meals etc while traveling in Bandung. Feel free to ask us for travel consultation for time-efficiency schedule with your group. It's free... Call us now!
    [link text][1]
    [1]: http://rentalelfmurahbandung.blogspot.com/
    For photos of our fleet please click link below :
    [url=http://postimage.org/image/gbtzdnifv/][img]http://s25.postimage.org/gbtzdnifv/APV_EH.jpg[/img][/url] [url=http://postimage.org/image/8bfop61i3/][img]http://s25.postimage.org/8bfop61i3/Elf_EH.jpg[/img][/url] [url=http://postimage.org/image/4vnkfm49n/][img]http://s25.postimage.org/4vnkfm49n/Hiace_EH.jpg[/img][/url] [url=http://postimage.org/image/7salfwa3f/][img]http://s25.postimage.org/7salfwa3f/Livina_EH.jpg[/img][/url] [url=http://postimage.org/image/gbykre7tn/][img]http://s25.postimage.org/gbykre7tn/Vehicle_EH.jpg[/img][/url]

    ReplyDelete
  12. menarik sangat. keep good work

    ReplyDelete