Monday, April 28, 2014

FAEDAH-FAEDAH MEMPELAJARI SENI PERTAHANAN DIRI

          
SILAT GAYONG
          [AR] Dalam menongkah arus perdana pada alaf ini, seni pertahanan diri memainkan peranan yang sangat vital dalam menjalani kehidupan seharian [AC] Antara contoh seni pertahanan diri yang menjadi sebutan ramai dan popular kini ialah Silat, Taekwando dan Wusyu.  [AR-AT] Persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda saya ialah apakah faedah-faedah mempelajari seni pertahanan diri dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini.  [AC]  Faedah-faedah mempelajari seni pertahanan diri yang boleh diketengahkan adalah untuk menjaga keselamatan diri, untuk menyihatkan tubuh badan dan untuk mendisiplinkan diri.  [AA]  Oleh hal yang demikian,  faedah-faedah mempelajari seni pertahanan diri yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas secara terperinci untuk kepentingan semua pihak. 
TAEKWANDO

        [AT]  Suatu hakikat yang tidak boleh kita abaikan ialah seni pertahanan diri dapat menjamin keselamatan diri seseorang[AH-B]  Dalam konteks ini, seseorang dapat menjaga keselamatan diri dengan menggunakan segala kemahiran yang dipelajari dalam seni pertahanan diri untuk menangkis serangan apabila diserang oleh penjenayah.  [AC] Tambahan pula, kes-kes jenayah semakin meningkat saban tahun dan berleluasa seperti kes rogol, pecah rumah dan ragut.  [AH-K]  Secara tidak langsung, kemahiran seni pertahanan diri yang dimiliki seperti Silat dapat kita gunakan untuk membantu orang lain ketika mereka memerlukan pertolongan pada saat-saat kecemasan. [AP]  Jelaslah bahawa dengan mempelajari seni pertahanan diri, seseorang akan dapat mempertahan diri daripada segala ancaman penjenayah yang tidak diingini.  
WUSYU
        [AT]  Kita tidak seharusnya memandang sebelah mata akan kebaikan seni pertahanan diri terutamanya dari aspek kesihatan diri[AH-M]  Hal ini adalah kerana gerakan-gerakan dalam seni pertahanan diri umpama suatu senaman yang menyihatkan sekali gus menguatkan otot-otot badan seseorang.  [AC]  Bertitik tolak daripada itu, apabila badan seseorang itu cergas secara tidak langsung minda mereka akan cerdas, bak kata pepatah badan cergas, otak cerdas[AH-K] Impaknya, seseorang itu dapat mengelakkan  diri daripada gejala sosial yang semakin meruncing kerana masa terluang telah diisi dengan mempelajari seni pertahanan diri.  [AP]  Deduksinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa mempelajari seni pertahanan diri dapat menyihatkan tubuh badan seseorang.
KUNG FU
                     [AT]  Umum juga mengetahui bahawa seni pertahanan diri dapat mendisiplinkan diri seseorang di samping dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri.  [AH-M]  Dengan perkataan lain, seseorang yang mempelajari seni pertahanan diri akan dipastikan sentiasa mematuhi masa dan syarat-syarat yang ditetapkan terutamanya semasa latihan.  [AC]  Masa yang diibaratkan emas akan menjadi keutamaan kepada mereka yang mementingkan masa.  [AH-K] Impaknya, nilai-nilai murni dalam diri akan dapat disebatikan dalam kehidupan setiap ahlinya terutamanya dari aspek menepati masa, bekerjasama dan bertoleransi.  [AP]  Izharlah bahawa seni pertahanan diri dapat mendisiplin diri sekali gus memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seseorang.          

          [R]  Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirulkalam seni pertahanan diri banyak mendatangkan manfaat kepada kita.  [C]  Lantaran itusemua pihak perlulah bekerjasama mengembangkan seni pertahanan diri umpama ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni agar dapat diketengahkan dalam kalangan masyarakat Malaysia.  [C]  Selain itu,  ibu bapa perlu memberikan galakan kepada anak-anak jika mereka ingin mempelajari seni pertahanan diri.  [p]  Di samping itu,  mempertahan diri, seni pertahanan diri mampu membentuk akhlak serta disiplin, meningkatkan keyakinan diri dan menyemai ikatan persaudaraan dalam kalangan ahlinya.  [H]  Malahan,  seni pertahanan diri ini juga mampu membentuk keperibadian mulia dan melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri dan kecintaan yang tinggi terhadap nusa tercinta.

 

4 comments: