Kempen ‘Belilah Barangan Buatan Malaysia’ tidak akan berjaya jika tiada
usaha untuk memupuk budaya mengutamakan barangan tempatan sejak awal lagi. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya memainkan
peranan bagi menjayakan kempen tersebut.
Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan peranan ibu bapa dalam
menggalakkan anak-anak membeli barangan
buatan Malaysia.
Angin
perubahan pemodenan telah bertiup, semakin hari kita semakin menghampiri ambang
2020. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, media massa
sering menguar-uarkan kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia. Umum mengetahui
bahawa ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak dan mereka
diberi tanggungjawab bagi menggalakkan anak-anak membeli barangan buatan
Malaysia. Contoh yang boleh kita
ketengahkan ialah ibu bapa boleh melakukan pelbagai cara dan prakarsa agar
anak-anak mereka tidak akan memilih barangan selain buatan tempatan. Apakah
inisiatif yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam hal ini? Persoalannya,
bagaimanakah cara yang efektif dan berkesan untuk menggalakkan anak-anak
membeli barangan buatan Malaysia tanpa membebankan fikiran ibu bapa untuk
memajukan barangan buatan negara sendiri? Oleh itu, peranan ibu bapa dalam
menggalakkan anak-anak membeli barangan buatan Malaysia yang mewarnai fokus
perbincangan akan dihuraikan secara terperinci bagi kepentingan semua pihak.
Pada
realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa membeli barangan buatan Malaysia
dapat mengelakkan daripada pengaliran mata wang asing negara kita ke luar
negara. Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa dalam hal ini? Dalam
konteks ini, ibu bapa perlu mengatur kewangan anak-anak mereka sejak mereka
kecil lagi. Sekiranya ibu bapa tidak mengamalkan perkara sebegini sejak mereka
kecil lagi maka anak-anak akan menjadi manja akibat sudah terbiasa dengan
tabiat dahulu. Daripada realiti ini, dapatlah kita katakan bahawa ibu bapa
dapat membendung inflasi kerana mata wang negara kita tidak mengalir ke luar negara.
Tambahan pula, dana negara akan meningkat. Bertitik tolak daripada itu,
bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa menjadi penyelamat negara ini daripada
mengalami kerugian dengan mengatur kewangan anak-anak. Sebagai analoginya, ibu
bapa memberikan wang saku sekurang-kurangnya RM20 sebulan kepada anak-anak dan
sekiranya anak-anak ingin meminta lebih, anak-anak perlulah memberikan alasan yang
munasabah kepada ibu bapa. Jelaslah bahawa anak-anak tidak akan dapat membeli
barangan import yang lebih mahal daripada barangan buatan Malaysia.
Lontaran
idea yang kedua ialah ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak dengan
membandingkan perbezaan harga barangan import dengan barangan buatan Malaysia.
Mengapakah isu ini dibangkitkan? Hal ini demikian adalah kerana apabila ibu
bapa mengajar anak-anak dengan perkara sedemikian jadi mereka dapat menjimatkan
pembelian dengan memilih barangan buatan Malaysia. Dalam hal ini, ibu bapa
dapat mengelakkan anak-anak daripada bersikap biar papa asal bergaya juga alah
membeli menang memakai. Hakikatnya, sikap negatif ini harus dibendung daripada
sanbari anak-anak. Sebenarnya, ibu bapa seharusnya membezakan sesuatu barangan
itu berdasarkan kualitinya. Anak-anak
mungkin tidak menyedari akan hakikat ini kerana mereka lebih bersikap rambang
mata daripada kebiasaannya. Contoh yang boleh kita ambil ialah ibu bapa
memberitahu anak-anak bahawa walaupun barangan buatan Malaysia kelihatan murah tetapi
kualiti produknya kadangkala dapat bertahan lebih lama. Izharlah bahawa,
perbandingan harga yang dilakukan oleh ibu bapa dapat menggalakkan anak-anak
membeli barangan buatan Malaysia.
Sesungguhnya,
setiap penyakit ada nurbisanya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Kita juruskan skop perbincangan kita kepada isi yang seterusnya iaitu ibu bapa
seyogianya membawa anak-anak melihat sendiri barangan buatan Malaysia di
tempat-tempat yang sedia ada seperti di Kuala Lumpur. Mengapakah hal ini
dibangkitkan? Dalam konteks ini, ibu bapa perlu mengambil cuti bersama-sama
anak supaya anak-anak dapat melihat sendiri kecantikan dan keunikan barangan
buatan Malaysia berbanding barang import. Impaknya, anak-anak akan sedar bahawa rakyat
Malaysia mampu berdiri di atas kaki sendiri. Tamsilannya seperti, anak-anak
akan dapat melihat kereta-kereta nasional seperti Myvi, Viva dan sebagainya di
depan mata mereka. Bertitik tolak
daripada itu, enjin berkuasa tinggi yang digunakan bagi kegunaan Kereta Formula
Satu (F1) dapat membuka mata anak-anak bahawa negara Malaysia dapat berdiri setanding
negara-negara gergasi di peringkat antarabangsa. Bukankah hal ini dapat
menguntungkan ibu bapa supaya anak-anak tidak akan boros membeli barangan bukan
buatan Malaysia. Tegasnya, ibu bapa perlu meluangkan sedikit masa dengan
membawa anak-anak menikmati keunikan barangan buatan Malaysia.
Suatu
hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah ibu bapa membelikan atau
menghadiahkan anak-anak barangan buatan Malaysia. Sesungguhnya, ibu bapa boleh menjadi suri
teladan kepada anak-anak. Sebagai
tamsilannya, ibu bapa membelikan barangan buatan Malaysia seperti kraf tangan
kepada anak-anak semasa menyambut hari kelahiran anak-anak. Bukankah anak-anak akan menghargai pemberian
ibu bapa? Implikasinya, mungkin anak-anak pula akan membeli barangan buatan
Malaysia dan menghadiahkannya kepada ibu bapa. Secara tidak langsung, rakyat
Malaysia dapat membantu anak bangsa mereka sendiri. Maka, keperluan harian akan
dapat dipenuhi walaupun menggunakan barangan buatan Malaysia. Oleh itu, ibu
bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan membelikan mereka barangan
buatan Malaysia.
Sebagai
merumus, sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, semua pihak
hendaklah bersikap ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni agar kempen
‘Barangan Buatan Malaysia’ dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selain itu,
rakyat Malaysia haruslah memberikan sokongan dengan membeli produk dan barangan
buatan Malaysia bagi mencapai visi 2020. Janganlah apabila nasi sudah menjadi
bubur barulah kita hendak membeli barangan buatan Malaysia. Oleh itu, langkah
mutakhir perlu dilakukan seperti kata-kata pujangga iaitu genggan bara api,
biar sampai jadi arang.
NURUL
ATSILAH – 5 BRL 2013
Zaman sekarang ramai ibubbapa cenderung untuk berbelanja atas alasan anak...semestinya produk international.
ReplyDeleteKalau anakndah dibiasakan begitu....samapi bila nak kenal produk tempatan????
PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!
ReplyDeleteWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833