SOALAN:
Peranan ibu bapa sangat penting dalam menangani masalah sosial dalam kalangan remaja.
Bincangkan pernyataan di atas.
ANALISIS SOALAN:
TEMA : Masalah sosial dalam kalangan remaja [AR]
CONTOH MASALAH SOSIAL : Penagihan dadah, pergaulan bebas dan gejala vandalisme [AC]
KATA KUNCI SOALAN - (KKS) : Peranan ibu bapa [AA]
IDEA UTAMA - (IU) : 1. Mencurahkan kasih sayang
2. Memberikan didikan agama
3. Memantau pergaulan anak-anak
4. Menjadi suri teladan kepada anak-anak
TIPS DALAM MEMBINA AYAT DEMI AYAT MENGIKUT PERENGGAN.
Ø PERENGGAN PENDAHULUAN : TEKNIK A-RCA
ü AR = AYAT RANGSANGAN (Kaitkan dengan TEMA)
#AR-PU = Pernyataan Umum @
# AR-D = Definisi @
# AR-T = Ayat Tanya}
# AR-D = Definisi @
# AR-T = Ayat Tanya}
ü AC = AYAT CONTOH
ü AA = AYAT ARAH (Kaitkan dengan KKS)
Ø PERENGGAN ISI : TEKNIK ATAH - ACAP
ü AT = AYAT TOPIK (KKS + IU)
ü AH = AYAT HURAIAN
(5 W + 1H + 2I)
5W=Apa+Mengapa+Siapa+Di mana+Bila
1H=Bagaimana
2I=Kesan + Jika/Sekiranya
5W=Apa+Mengapa+Siapa+Di mana+Bila
1H=Bagaimana
2I=Kesan + Jika/Sekiranya
ü AC = AYAT CONTOH / PERIBAHASA
ü AP = AYAT PENEGAS (Tegaskan Tema + IU)
Ø PERENGGAN PENUTUP : RCPH
ü Rumusan = Rumusan bagi semua IU + KKS + TEMA
ü Cadangan = PIHAK + USAHA + PERIBAHASA
ü Pendapat = KEPENTINGAN KERJASAMA SEMUA PIHAK
ü Harapan = HARAPAN / KESAN DARIPADA CADANGAN
KARANGAN LENGKAP
[AR-PU] Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara merupakan kata-kata hikmat yang sinonim dengan remaja yang menjadi aset penggerak dan tonggak wawasan negara. [AR-PU] Namun kini, masalah sosial yang melanda golongan remaja sangat membimbangkan masyarakat mahupun negara. [AC] Antara masalah sosial yang sering kali dikaitkan dengan remaja ialah pergaulan bebas, gejala vandalisme dan penagihan dadah. [AR-T] Siapakah yang bertanggungjawab dan berperanan dalam menangani masalah sosial dalam kalangan remaja ini? [AA] Oleh itu, peranan ibu bapa yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan lebih terperinci demi kebaikan bersama.
[AT] Pada realitinya, dewasa ini peranan ibu bapa sangat signifikan dalam mencurahkan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka. [AH-M] Kasih sayang yang secukupnya bagai Menatang Minyak Yang Penuh perlu dicurahkan oleh ibu bapa kepada anak-anak remaja agar mereka tidak berasa disisihkan dan berseorangan. [AH-B] Ibu bapa sepatutnya memberikan perhatian terhadap perkembangan anak-anak, menjaga kebajikan dan memenuhi keperluan anak-anak. [AH-K] Impaknya, kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa dapat melahirkan anak-anak yang seimbang emosi dan tenang jiwanya. [AP] Jelaslah bahawa kasih sayang akan dapat mencegah anak-anak remaja daripada terlibat dengan masalah sosial yang kian meruncing.
[AT] Umum juga mengetahui bahawa ibu bapa juga berperanan dalam memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak mereka. [AH-M] Didikan agama penting untuk dijadikan sebagai benteng yang kukuh, sekukuh Tembok Besar China dalam menangkis segala anasir luar yang dapat menggoncang keimanan seseorang. [AH-B] Jadi, ibu bapa hendaklah menghantar anak-anak ke kelas agama sejak kecil lagi kerana Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya. [AH-K] Kesannya, didikan agama yang mantap akan menyebabkan remaja terhindar daripada melakukan segala kemungkaran dan perkara-perkara yang ditegah oleh agama. [AP] Izharlah, dengan didikan agama yang sempurna sudah pasti remaja tidak tergamak untuk terlibat dalam kancah sosial yang menghinakan.
[AT] Kita dapat menyaksikan betapa ibu bapa berperanan penting dalam memantau pergaulan anak-anak mereka. [AH-M] Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa perlu memantau pergaulan anak-anak mereka bagi memastikan anak-anak mereka tidak bergaul dengan rakan yang rosak akhlaknya. [AH-M] Dalam konteks ini, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada remaja. [AC] Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah mengetahui latar belakang rakan-rakan mereka. [AP] Daripada realiti ini, dapat kita katakan bahawa peranan ibu bapa penting dalam memantau pergaulan anak-anak supaya mereka tidak terpengaruh dengan rakan yang durjana ini.
[AT] Suatu hakikat yang tidak dapat dikesampingkan ialah ibu bapa sewajarnya menjadi suri teladan kepada anak-anak. [AH-B] Ibu bapa hendaklah bertutur kata dan bertingkah laku yang mulia di hadapan anak-anak. [AH-K] Secara tidak langsung, perbuatan ibu bapa tersebut dapat membentuk peribadi yang unggul dalam diri anak-anak remaja. [AC] Tidaklah seperti Ketam Mengajar Anak-Anaknya Berjalan Lurus sebaliknya menjadi idola untuk dicontohi oleh anak-anak kerana Bapa Borek Anak Rintik dan Bagaimana Acuan, Begitulah Kuihnya. [AP] Dengan adanya ibu bapa sebagai suri teladan kepada anak-anak, peratus kebejatan sosial dalam kalangan remaja dapat diturunkan.
[R] Sebagai menggulung segala yang diperkatakan di atas, jelaslah ibu bapa memainkan peranan yang sangat vital dalam menangani masalah sosial dalam kalangan remaja. [C] Jika semua masyarakat berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insya-Allah masalah sosial dalam kalangan reamaja dapat dibendung hingga ke akar umbi. [P] Sesungguhnya, dalam menangani masalah ini, semua pihak perlulah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bukannya digalas tanggungjawab ini di puncak ibu bapa sahaja. [H] Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga dan memberikan komitmen yang padu agar prakarsa menangani masalah sosial dalam kalangan remaja dapat diatasi.
Thank you.. Karangan ni banyak membantu saya.. :D
ReplyDeleteterima kaseh
ReplyDelete