Saturday, January 31, 2015


NOVEL DI SEBALIK DINARA



TEMA

Persaingan dalam dunia sains.

Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara.


PERSOALAN 
1. Hubungan kekeluargaan hancur akibat mengejar kemajuan teknologi maklumat sehingga  sanggup mengeksploitasi anak demi kepentingan visi dan misi seorang bapa.

2. Hubungan kemanusiaan musnah akibat kerakusan mengejar kecanggihan sistem teknologi maklumat.

3. Kemusnahan rumah tangga akibat tindakan suami atau bapa yang mementingkan teknologi maklumat.

4. Hubungan kasih sayang antara manusia walaupun bukan dari darah daging sendiri.

PLOT 
Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

PERMULAAN PLOT 
Dimulakan dengan memperkenalkan watak Farisha dan Aqram berkenalan di dalam kapal terbang dari Senai ke KLIA. Seterusnya bertemu lagi dalam sebuah kovensyen berkaitan pengisian komputer.

PERKEMBANGAN 
Aqram menawarkan Farisha menjadi jururunding di Soft Lab tempat letaknya sistem Dinara dengan tujuan membantu menggodam virus demi menyelamatkan Dinara.

KONFLIK
Konflik berlaku antara Karl dengan Marilyn/Medina kerana Karl mengekspolasi fikirannya  dengan menggunakan seorang banduan bagi tujuan uji kajinya.

KLIMAKS
Di sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di Soft Lab iaitu mengaktifkan sistem Dinara.

PELERAIAN
Karl akhirnya meninggal dunia tetapi pemikirannya tersimpan dalam diri Shida. Buktinya dalam percakapan Shida, dia mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl. Aqram sangat yakin itu ialah Karl.

TEKNIK PLOT 

Pemerian
Contohnya : Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai berlepas Lapangan Terbang SenaI Pengumuman tentang penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur sedang berkumandang

Suspens 
Contohnya ; “ Pergi! Kau tak sayang aku. Kau cuba bunuh aku dulu. Ini semua muslihat. Pasti kau akan bunuh aku kali ini!” “ Karl yang siksa aku sehingga aku cacat. Kemudian dia jadikan aku Alia. Nama sebenarku Rosmina”.

WATAK DAN PERWATAKAN 
WATAK UTAMA 
Farisha anak kepada Karl dan Merilyn/Medina.
Anak angkat kepada keluarga Azraai. Berusia 26 tahun dan jurutera keselamatan sistem teknologi maklumat.
Telah ditanam mikrocip oleh bapanya, Karl.
Sahabat karib kepada Shida dan Rosman.
Matanya berwarna coklat muda, wajahnya cantik dan bersopan santun.
Bijak selok belok berkaitan sistem maklumat komputer.
Berminat dan menyukai dengan perwatakan

WATAK SAMPINGAN 
1. KARL 
Seorang lelaki berbangsa Inggeris dan berkahwin dengan Marilyn atau Medina. Ayah kepada Farisha. Memukul Rosmina (isterinya) sehingga cacat dan bertukar menjadi robot. Membangunkan Dinara. Memasukkan mikrocip ke dalam badan anaknya Farisha ketika baru lahir. Pernah menerima agunerah Inovasi Teknologi Maklumat Peringkat Kebangsaan. Penyelidik dan pencipta sistem Dinara. Terlantar sakit barah dan akhirnya meninggal dunia. Tetapi pemikiran Karl berada dalam pemikiran Shida, walaupun telah meninggal dunia.


2. AQRAM
Aqram Seorang pemuda yang kacak diminati oleh Farisha. Bertugas di Soft Lab mengendalikan Dinara. Sahabat baik kepada Dr. Maxi dan Khairul Anwar. Sering menjejaki Farisha. Sebuah cyborg. Bertanggungjawab menjelaskan tentang masalah Dinara kepada Farisha. Memberi maklumat bahawa penggodam Dinara mempunyai dendam peribadi. Orang berpengaruh dalam Dinara, juga orang kuat Karl. Memiliki pen penetrator yang dapat mengesan pemikiran Farisha.


3. SHIDA.
Teman serumah Farisha dan merupakan kawan akrab. Ditawarkan bekerja dalam arkib yang terletak di Soft Lab dan sering berurusan dengan Khairul Anwar. Berjaya mengesan seorang yang bernama Medina bertugas di Soft Lab yang tidak dapat dikesan. Pengganti fizikal kepada Farisha setelah Farisha tidak Berjaya untuk dijadikan ujikaji di Soft Lab. Pemikiran Karl akhirnya kekal dalam fizikal Shida.

4. DR. MAXI
Bertanggungjawab mengurus Dinara dan bertugas sebagai penyelidik. Mengarahkan Alia (Rosmina) memasukkan mikrocip dan mempengaruhi pemikiran Farisha dan Shida. Seorang pakar dalam sistem Dinara berkaitan teknologi maklumat. Menawarkan Farisha bertugas di Dinara dengan tawaran RM1.5 juta.


LATAR
LATAR MASA 
1. Subuh- Selepas subuh pada hari Ahad, beberapa puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port         Dickson untuk upacara itu.

2. Pagi – Ketika jam sudah menunjukkan pukul 8.15 pagi, bayang Rosman masih belum kelihatan.

3. Pagi –Farisha sempat menaiki train yang tiba pada pukul 8.40 pagi dan sampai ke Stesen Bukit           Nanas pukul 8.50 pagi.

4. Hari  – “Mekanik kata petang Ahad atau malam Isnin boleh siap,” jawab Rosman.

5. Malam –Atas desakan Rosman, Farisha menghantar satu e-mel kepada Aqram pada malam itu             juga, selepas selesai sesi bengkel yang ketiga.

6. Petang –“Pukul 4.30 petang mungkin boleh. Saya bercadang hendak melihat keadaan Farisha             sekitar pukul 6.00 petang nanti,” Shida memberikan cadangan.


LATAR TEMPAT 
Di Lapangan Terbang Senai. 
Contohnya, Farisha mengerling jam di tangan. Masih ada masa empat puluh minit lagi. Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai berlepas Lapangan Terbang Senai.

Perut pesawat. 
Contohnya, Akhirnya Farisha memasuki perut pesawat kira-kira sepuluh minit sebelum masa berlepas.

Soft Lab –Tetapi kali ini dia tiada pilihan, terpaksa juga menaiki monorel dan LRT untuk ke pejabat Sort Lab di Cyberjaya.

Rumah Karl- “Kita akan berbincang di rumah Karl salah seorang penyelidik Soft Lab….

Puchong –“Kita boleh naik monorel dan kemudian ambil LRT untuk ke Puchong…..”, terang Aqram.

Nusa Jaya –Masa tu Isha selalu berulang-alik ke Nusa Jaya…

Hospital – Mereka berdua berjalan perlahan-lahan menuju ke arah katil Farisha di Wad 2B…

Port Dickson – Selepas subuh pada hari Ahad, beberapa puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk upacara itu.

Pejabat Secured Shell- Mereka meninggalkan pejabat Secured Shell lalu menuruni tangga perlahan-lahan…

Berhampiran Kawasan Nilai – Mata abang Azraai tidak berganjak dan memandang kenderaan-kenderaan yang bertali arus di hadapannya. Menghampiri kawasan Nilai, dia terpaksa memperlahankan sedikit kereta


LATAR MASYARAKAT 

Masyarakat yang mementingkan ilmu pendidikan tinggi dan penggunaan teknologi maklumat yang sangat meluas.

Masyarakat bandar yang tinggal dan melibatkan satu kawasan yang luas dengan teknologi maklumat.

Masyarakat yang maju dalam bidang teknologi maklumat dan robotik.

Masyarakat yang berlumba-lumba untuk mengejar dan menjayakan visi masing-masing berkaitan dengan teknologi maya. Orang Inggeris yang berada dalam masyarakat Melayu dan cuba menggunakan orang-orang tempatan sebagai bahan ujikaji.


GAYA BAHASA 
Kata ganda
Contohnya : susup-sasap , kira-kira , tiba-tiba , kedua-dua Bersama-sama  menggaru-garu

Metafora
Contohnya  :dada turun naik, mengangkat bahu (m/s 58), duduk tegak Hiperbola Contohnya : angkat-angkat kening.

Simile :
Contohnya : Seperti tidak mahu dilepaskan. Contohnya : Bagaikan member amaran Sinkope Contohnya : saja, kejap, dah , tak,

Personifikasi
Contohnya ; Dia mengganggap ini rezeki yang datang bergolek.
Contohnya ; …hanya bumi dari radio teksi yang menyulam keheningan.

Kata pinjaman
Contohnya : Bahasa Inggeris - retinal scanner, penetrator, physical backup, hyperyisor.

NILAI 
Nilai kasih sayang.
Contohnya : Medina/Marilyn dan Karl sentiasa berusaha mencari anak Farisha.
Nilai bertanggungjawab:
Contohnya : Dr. Maxi bertanggungjawab dalam mengendalikan sistem Dinara.
Nilai ketabahan:
Contohnya Farisha begitu tabah menhadapi pelbagai dugaan dalam percubaan menculiknya.
Nilai keberanian:    
Contohnya : Karl begitu berani memasukkan mikrocip ke dalam badan anaknya.


PENGAJARAN 
Kita hendaklah menyayangi sesama insan dan member kebebasan hak kepada mereka untuk
        menjalani kehidupan seperti manusia biasa.
Kita hendaklah sabar menghadapi tekanan dalam hidup dan cuba berusaha untuk menyelesaikan
        masalah yang timbul.
Kita mestilah bertanggungjawab sebagai seorang insan di dunia ini,
Jangan mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hak orang lain, terutamanya ahli keluarga
        kita.

1 comment:

  1. hi cikgu saya thamarai.pelajar tahun lepas tingkatan 5 topaz.saya ambi return subjek so this notes are very useful to me.

    ReplyDelete