Wednesday, February 27, 2013

KEPENTINGAN PENGGUNAAN INTERNET (PMR)

          (AR-PU) Pada era globalisasi ini, Internet memainkan peranan yang sangat vital dalam kehidupan manusia. (AR-PU) Internet dapat memberikan seribu satu kebaikan kepada manusia jika digunakan sebaik-baiknya. (AC) Antara contoh laman-laman sesawang yang popular dikunjungi di Internet ialah "Youtube", "Facebook" dan "Twitter". (AR-T) Persoalannya kini, apakah kepentingan penggunaan internet pada masa ini. (AA) Oleh hal yang demikian, kepentingan penggunaan Internet yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan secara terperinci demi kepentingan semua.

          (AT) Umum mengetahui bahawa penggunaan Internet sangat signifikan kepada manusia terutamanya dari aspek perhubungan dan komunikasi. (AH-Bagaimana) Dalam konteks ini, dengan penggunaan Internet yang meluas, seseorang akan mudah berhubung antara satu sama lain walaupun di luar sempadan negara. Contoh yang boleh diambil ialah Puan Normawati berhubung dengan anaknya Norakilah yang belajar di luar negara hanya menggunakan "skype" melalui internet. (AH-Kerana) Impaknya, seseorang itu boleh melepaskan rindu dengan orang tersayang yang jauh di mata dekat di hati seterusnya mengeratkan silaturahim. (AP) Jelaslah bahawa Internet dapat memudahkan seseorang berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain.

          (AT) Memang tidak dapat dinafikan bahawa Internet juga penting dalam bidang pendidikan terutamanya kepada pelajar dan pendidik. (AH-B) Bertitik tolak daripada itu, internet dapat membantu palajar dalam mencari maklumat hanya dengan menggunakan hujung jari. (AC) Sebagai contohnya, Norain dapat menyiapkan folio yang diberi oleh guru hanya dengan menggunakan enjin carian 'google' di Internet. (AH-Kesan) Secara tidak langsung, pelajar bukan sahaja memperoleh maklumat malah dapat mengetahui isu remaja yang berlaku di dalam negara mahupun luar negara. (AP) Tegasnya, Internet dapat menghindarkan seseorang daripada bersikap seperti katak di bawah tempurung kerana mereka akan dapat mengikuti perkembangan semasa.

          (AT) Sebagaimana yang kita maklumi, Internet juga dapat menghiburkan hati seseorang. (AH-B) Dalam zaman yang serba canggih ini, individu dapat menghiburkan hati dengan memuat turun lagu-lagu, filem-filem mahupun video-video yang digemari. (AC) Sebagai analoginya, peminat-peminat 'K-POP' dapat memuat turun video klip kumpulan 'Beast' ataupun 'Super Junior'. (AH-Kesan) Kesannya, seseorang itu dapat manghiburkan diri ketika kesunyian dan kebosanan, sekali gus dapat mengurangkan stres. (AP) Deduksinya, memang tidak dinafikan lagi bahawa seseeorang dapat menghiburkan hati yang lara dengan melayari Internet. 

          (AT) kita dapat menyaksikan betapa Internet banyak membantu golongan usahawan mengembangkan perniagaan mereka. (AH-B) Dengan perkataan lain, usahawan muda dapat mempromosikan produk baharu mereka dengan menggunakan talian secara terus di Internet. (AC) Biar kita ambil contoh usahawan muda yang bernama Alift dan membina laman sesawangnya sendiri untuk memperkenalkan penduduknya seperti jubah.com.my. (AH-K) Implikasinya, seseorang tidak perlu bersesak-sesak membeli belah di pasar raya sebaliknya boleh menempah barangan yang ingin dibeli secara talian terus. (AP) Sesungguhnya, Internet banyak membantu usahawan muda terutamanya dalam meluaskan pasaran mereka.

          (R) Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, jelaslah bahawa Internet mendatangkan 1001 kebaikan kepada manusia sejagat. (C) Kita sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran oleh Tuhan sewajarnya memanfaatkan penggunaan Internet dengan semaksimum yang mungkin. (P) Semua masyarakat perlulah berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dalam memanfaatkan Internet demi kebaikan semua. (H) Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 marilah kita bersama-sama menggunakan Internet sebaik mungkin agar generasi muda yang celik ilmu dan celik ICT dapat dilahirkan. 

4 comments:

  1. KEPENTINGAN PENGGUNAAN INTERNET (PMR)

    ReplyDelete
  2. boleh ke masukkan persoalan dalam karangan?

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Sebab tu kita sebagai ibu bapa perlu monitor apa yg anak2 kita surfing. :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas maklumat yang diberikan ... :)
    membantu saya mengarang...

    ReplyDelete