Amalan menabung perlu dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak awal lagi. Nyatakan kebaikan-kebaikan yang diperoleh dengan amalan menabung ini.
Analisis soalan:-
Tema : Amalan menabung (AR)
Contoh : Contoh bank; Maybank, Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional (AC)
Skop Soalan : Kebaikan menabung (AA)
KARANGAN LENGKAP
PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA
AR: Ayat Rangsangan berdasarkan tema (AR-PU/Pernyataan Umum;AR-T/Tanya)
AC: Ayat Contoh merujuk contoh tema
AA: Ayat Arah dikaitkan dengan arahan soalan
*** tulisan berwarna biru = penanda wacana
[AR-PU] Dalam meniti arus pemodenan, amalan menabung merupakan amalan mulia yang perlu dipupuk sejak kecil lagi. [AR-PU] Persis mutiara kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya perlu dipraktikkan oleh ibu bapa dalam menerapkan amalan menabung kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. [AC] Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membuka akaun simpanan anak-anak di mana-mana institusi kewangan seperti Bank Simpanan Nasional, Tabung Haji dan Maybank. [AR-T] Persoalannya kini, apakah kebaikan menabung kepada individu? [AA] Oleh hal yang demikian, kebaikan amalan menabung yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas secara terperinci untuk kepentingan bersama.
PERENGGAN ISI - TEKNIK ATAH-ACAP
AT : Ayat Topik
AH : Ayat Huraian - menggunakan formula 5W + 1H + 2 I
(5W=What, When, Who, Why, Where) + ( 1 H=How) + (2I= Impact/kesan + If)
AC : Ayat Contoh - Masukkan contoh / peribahasa
AP : Ayat Penyimpul / penegas bagi isi / idea utama
[AT] Sebagaimana yang kita sedia maklumi, amalan menabung dapat menjamin masa depan seseorang. [AH-I] Dalam konteks ini, masa depan terjamin jika seseorang itu bijak merancang pendapatan mereka untuk perbelanjaan dan simpanan. [AC] Contoh yang boleh kita ambil ialah Puan Aliya yang berpendapatan RM 3000 akan menyimpan sebanyak RM 300 setiap bulan di dalam bank. [AH-I] Secara tidak langsung, wang simpanan tersebut dapat digunakan oleh seseorang untuk bekalan hari tua atau untuk menunaikan haji di Mekah. [AP] Jelaslah bahawa masa depan seseorang akan terjamin jika mereka mementingkan amalan menabung sejak awal lagi.
[AT] Kita dapat menyaksikan betapa amalan menabung membolehkan individu melanjutkan pelajaran ke menara gading di luar negara. [AH-H] Dengan perkataan lain, pelajar dapat merealisasikan cita-cita ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi melalui wang tabungan mereka. [AC] Sebagai analoginya, Danial telah menyimpan wang sakunya setiap bulan untuk persiapan memasuki ke Institusi Pengajian Tinggi yang diingininya. [AH-I] Impaknya, seseorang itu dapat mempraktikkan peribahasa sediakan payung sebelum hujan sekali gus mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa mereka. [AP] Sesungguhnya, seseorang dapat memenuhi impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara melalui tabungan.
[AT] Namun demikian, suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan ialah amalan menabung membantu seseorang menghadapi saat-saat kecemasan dalam hidup mereka. [AH-H] Malang tidak berbau, oleh itu seseorang perlu bersedia menghadapi kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian. [AC] Sebagai contoh, apabila seseorang itu ditimpa kemalangan seperti rumah terbakar, mereka dapat menghadapinya dengan tabah melalui tabungan yang dibuat. [AH-I] Natijahnya, seseorang itu dapat menjalani kehidupan seharian seperti biasa tanpa menyusahkan orang lain. [AP] Deduksinya, melalui amalan menabung, seseorang itu dapat menghadapi saat-saat kecemasan dengan mudah tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.
[AT] Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan menabung sebenarnya dapat memupuk sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat di negara kita. [AH-I] Dalam hal ini, sikap berjimat cermat dapat dipupuk jika seseorang itu merancang perbalanjaan tanpa mengikut hawa nafsu semata-mata. [AC] Sebagai contoh, Iman yang hanya membeli barang-barang keperluan dan mengetepikan barang-barang yang tidak perlu. [AH-I] Kesannya, seseorang itu dapat mengelakkan pembaziran yang merupakan amalan syaitan. [AP] Oleh itu, amalan menabung perlulah dititikberatkan agar sikap berjimat cermat dapat dipupuk dalam diri.
PENUTUP - TEKNIK RCPH
R : Rumusan
C : Cadangan
P : Pendapat
H : Harapan
[R] Kesimpulannya, sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, setiap individu sewajarnya mengutamakan amalan menabung dalam meniti kehidupan seharian. [C] Amalan menabung ini perlu disemai dalam sanubari setiap individu untuk memudahkan mereka menghadapi cabaran atau dugaan pada hari muka kelak. [P] Oleh itu, seseorang itu perlulah bijak menguruskan kewangan masing-masing supaya dapat meneruskan kehidupan dengan tenang. [H] Sebagai penghias bicara akhir, amalan menabung hendaklah dijadikan pedoman hidup setiap individu yang berwawasan agar tidak dihimpit dengan masalah kewangan ataupun bebanan hutang.
[486 patah perkataan]
Terima kasih atas perkongsian to blog owner. Mari kita semua mula menabung, menyimpan & melabur. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) - agen unit trust investment untuk Public Mutual & lokasi utama dalam tugas adalah kawasan Johor Bahru, Kuala Lumpur, Selangor & Penang.
ReplyDelete.
Minimum permulaan RM1000 sahaja. Boleh melabur dari akaun KWSP (berdasarkan kelayakan). Cash investment pun boleh & ada pilihan untuk ambil pelan tambahan bulanan serendah RM100 per month sahaja. Dana Islamic 100% juga ada (Approved Syariah Compliance Funds). Pelaburan untuk jangka masa panjang sahaja above 5 years. Keuntungan sekitar min 9%-15% per year.
.
Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
.
Jas
Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
T: +6017-7055 381
E: jas.elegant@gmail.com
W: www.facebook.com/investment.unittrust
.
" Why not try, let's say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! "
karangan yang baik dan menepati tugasan saya
ReplyDelete