Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuhkan semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.
Menurut Abdul Latif Abu Bakar (1998), nasionalisme merupakan perasaan cinta akan bangsa dan negara sendiri yang mendalam dan juga dikenali sebagai semangat kebangsaan. Perasaan ini dapat dilihat apabila rakyat sesebuah wilayah itu menggunakan lambang-lambang kenegaraan seperti sempadan dan ibu kota yang akan menentukan letaknya negara bangsa, keperibadian kebangsaan, kewarganegaraan dan bahasa kebangsaan, perekonomian, kebudayaan dan kesenian, bendera, lagu kebangsaan dan lain-lain. Dalam perkataan lain, kesedaran individu atau kumpulan akan keahliannya untuk memperkukuhkan negaranya, mempertahan kebangsaan dan mempertingkatkan kemakmuran negara. Manakala kegiatan ekonomi tradisonal pula merupakan suatu bentuk sistem ekonomi yang teratur iaitu bentuk sara diri. Isu yang ingin dikupas di sini ialah perkaitan antara kepentingan kegiatan ekonomi tradisional dalam memperkukuh semangat patriotisme bangsa Malaysia. Oleh hal yang demikian, kepentingan-kepentingan kegiatan ekonomi tradisional dalam memperkukuh semangat patriotisme bangsa Malaysia akan dihuraikan dengan lebih terperinci untuk kebaikan semua pihak.
Kepentingan pertama kegiatan ekonomi tradisional dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia dapat diperlihatkan melalui semangat kerjasama antara komuniti sesuatu masyarakat itu. Sebagaimana yang kita ketahui, kegiatan ekonomi tradisional dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya dalam bidang pertanian, perikanan, makanan, pertukangan, perlombongan dan sebagainya. Dalam kegiatan pertanian terutama tanaman padi, jelas menunjukkan wujudnya kerjasama antara petani di sesebuah kampung dalam mengusahakan tanaman padi dari peringkat awal penanaman sehinggalah hasil tanaman dituai. Daripada kerjasama ini akan lahirnya semangat saling membantu dan bertoleransi antara satu sama lain bak peribahasa bagai aur dengan tebing. Semangat kerjasama inilah yang mewujudkan semangat nasionalisme sesuatu bangsa itu melalui penyertaan dalam kegiatan ekonomi tradisional.
Selain itu, kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia melalui penglibatan individu yang lebih untuk keperluan menyara keluarga mereka sendiri. Hal ini adalah kerana hasil pengeluaran mereka berskala kecil-kecilan umpamanya penghasilan produk mereka untuk memenuhi keperluan setempat, tetapi secara tidak langsung mereka telah membantu merancakkan ekonomi sesuatu tempat seterusnya memberikan sumbangan bermakna kepada negara. Contoh yang boleh diambil di sini ialah makanan tradisional seperti kuih bahulu, tempe dan membuat belacan. Hasil yang dikeluarkan memanglah hanya untuk kawasan setempat ataupun kawasan kejiranan, namun sudah cukup untuk membangunkan ekonomi sesebuah keluarga itu. Impaknya, sekurang-kurangnya semangat berdikari, mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan ini akan dapat memperkukuh perasaan nasionalisme yang ingin memakmurkan negara melalui kegiatan ekonomi tradisional yang diceburi oleh mereka.
Di samping itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia melalui aspek mewujudkan peluang pekerjaan. Dalam konteks ini, walaupun kegiatan ekonomi tradisional lebih bersifat sara diri sebenarnya kegiatan ini juga menawarkan peluang pekerjaan kepada kawasan kejiranan. Umum mengetahui bahawa kegiatan ekonomi tradisional ini sebenarnya memerlukan tenaga kerja yang banyak. Memandangkan individu yang terlibat tidak mampu mengeluarkan produk mereka secara bersendirian, maka individu tersebut akan meminta bantuan daripada saudara mara atau jiran tetangga agar turut sama membantunya. Bertitik tolak daripada itu, semangat tolong-menolong dapat dilahirkan malah akan mewujudkan perasaan bersatu hati dan semangat kekitaan dalam menjayakan kegiatan ekonomi tradisional ini secara bersama-sama bak kata bijak bestari bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Contoh yang paling dekat dengan kita ialah kegiatan ekonomi menghasilkan anyaman seperti tikar mengkuang. Intihanya, tanpa disedari melalui kegiatan ekonomi tradisional ini telah dapat memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia.
Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, jelas menunjukkan bahawa kegiatan ekonomi tradisional mampu memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Kita seharusnya bersyukur dan berbangga dengan tahap kemajuan kegiatan ekonomi setempat di negara kita. Seterusnya, masyarakat dan rakyat negara ini akan dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni ke arah memakmurkan ekonomi negara ini dan saling berganding bahu membangunkan negara dalam bidang ekonomi. Sebagai warganegara yang mempunyai jati diri bangsa yang utuh, sewajarnya memainkan peranan masing-masing dalam menyematkan semangat nasionalisme dalam diri walau dengan apa-apa cara sekalipun terutamanya dalam kegiatan ekonomi yang serba mencabar ini. Pada masa Diharapkan visi kudsi negara dalam merealisasikan Wawasan 2020 akan terlaksana melalui penglibatan bermakna setiap individu dalam kegiatan ekonomi tradisional ini.
[638 patah perkataan]
ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
ReplyDeleteALHAMDULILLAH..!!
saya bersyukur kpd Allah SWT.
atas keberhasilan PENARIKAN UANG
GHAIB.setelah melalui proses panjang &
sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
dengan catatan:
1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
2.tidak untuk memperkaya diri
3.sanggup menyiapkan satu ekor sapi jantan,(sebagai pengganti tumbal).
-PELET PUTIH/PENGASIHAN JARAK JAUH
-MENAKLUKKAN LAWAN JENIS
-PENGLARISAN/JIMAT GOIB BISNIS DLL
APAKAH ANDA TERMASUK KATEGORI DI BAWAH INI.???
4.BUTUH MODAL DALAM BUKA USAHA
5.SELALU KALAH DALAM BERMAIN TOGEL
6.DILILIT HUTANG
7.BARANG BERHARGA ANDA SUDAH HABIS
8.DILILIT HUTANG
--------------------------------------------------
bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
silahkan menghubungi AKY BROMO di NO TPL 0852-9860-9-998
SOLUSI MELUANSI HUTANG DAN MODAL USAHA KLIK DISINI
TERIMAKASIH
WASSALAMUALAIKUM.WR.WB...???