Monday, August 19, 2013

ESEI PENDERMAAN ORGAN 1


Pendermaan Organ : Anugerah hidup

Oleh Lim Jia Hui

Sedasawarsa ini sering meninti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu pendermaan organ. Pendermaan organ merupakan satu proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang sama ada organ atau tisu untuk tujuan transplantasi. Transplantasi merupakan suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, organ yang diderma dapat digunakan sebagai organ ganti untuk menyelamatkan pesakit. Ini dapat mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka dari maut. Antara organ dan tisu yang boleh didermakan ialah buah pinggang, jantung, paru-paru, mata dan sebagainya. Pendermaan organ bukanlah suatu yang baru di Malaysia kerana ia adalah satu kaedah rawatan yang telah diterima ramai di Negara kita. Bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin meningkat dari tahun ke tahun, namun bilangan pengikrar yang ingin menderma setelah kematian masih rendah.

Malah sejak tahun 1999, negara kita atas dasar keperluan, Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Penderma Organ telah ditubuhkan bagi menggalakkan rakyat di Negara kita mendaftarkan diri sebagai pengikrar penderma organ. Dengan pertubuhan ini, rakyat kita dilihat semakin optimis memberi respons terhadap pendermaan organ yang sebelum ini seringkali menimbulkan ketakutan dan stigma negatif. Perkembangan positif ini dibuktikan menerusi peningkatan jumlah individu yang membuat ikrar atau mendaftar untuk menderma organ. Berdasarkan laporan data dari Pusat Sumber Transplan Nasional, seramai 205,478 daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini, iaitu 28.3 juta mendaftar sebagai pengikrar penderma organ kardeverik. Peningkatan ini sebagai satu kerjayaan yang kecil kerana menghampiri sasaran kerajaan untuk mencapai jumlah penderma seramai 287,000, iaitu satu peratus dari bilangan penduduk negara kita. 

Sehubungan itu, Pusat Sumber Transplan Nasional diwujudkan bukan sahaja untuk menambah bilangan pengikrar penderma organ, malah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, selain memberikan maklumat dan tentang kepentingan pendermaan organ. Dalam masyarakat kita, masih terdapat segelintir bilangan rakyat yang mempunyai tanggapan yang salah terhadap isu pendermaan organ. Jadi, pengetahuan tentang isu ini perlu disebarkan supaya rakyat kita dapat mengetahui kepentingannya sekali gus mengubah tanggapan mereka yang masih berada di takuk lama. Tambahan pula, Semua agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktirafkan pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia. Maka , rakyat kita hendaklah berjasa kepada masyarakat kita dengan menghulurkan bantuan terhadap pesakit dengan menjadi pengikrar penderma organ.

Penderma dibahagi kepada dua jenis iaitu penderma hidup dan penderma kadaverik. Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang atau sebahagian hati, dan tulang sahaja. Pendermaan semasa hidup terbahagi kepada dua jenis iaitu Pendermaan ada pertalian saudara dan Pendermaan tiada talian saudara. Pendermaan semasa hidup mempunyai pelbagai risiko walaupun risikonya rendah. Pendermaan ini terhad kepada mereka yang mempunyai pertalian darah atau mereka yang mempunyai hubungan emosi seperti suami isteri sahaja. Hal ini demikian kerana hendak mengelakkan kegiatan jual beli organ berlaku. Sesiapa pun boleh mendaftar sebagai penderma organ. Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun haruslah mendapat kebernaran ibu bapa atau penjaga.

Penderma Kadeverik adalah penderma yang telah meninggal dunia. Pendermaan ini amat digalakkan dan diutamakan di negara kita dan tidak memberikan risiko kepada penderma. Penderma kadaverik juga terbahagi kepada dua jenis iaitu kematian otak dan kematian jantung berhenti berdegup. Mati otak ialah satu keadaan apabila tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak yang mengawal aktiviti penghidupan seperti pernafasan dan dengupan jantung mati. Ini boleh terjadi akibat kecederaan otak yang menyebabkan bengkak otak ataupun pendarahan dalam kepala yang teruk, pendarahan spontan akibat pecah urat saluran darah yang tidak normal atau tekanan darah yang tinggi, strok yang teruk, barah otak dan sebagainya. Untuk pendermaan organ, seseorang yang kematian otak tidak akan mempunyai tindak balas dan tidak bernafas. Dengan bantuan mesin, jantung akan berfungsi seketika. Namun organ-organ lain akan mengalami kerosakan dan akhirnya degupan jantung akan berhenti dengan sendiri walaupun dengan sokongan mesin. Pengesahan kematian akan dilakukan oleh dua orang doktor pakar yang bertauliah melalui dua ujian yang berasingan. Doktor-doktor tersebut tiada kaitan dengan tugasan pengambilan atau transplantasi organ. Ujian pengesahan yang dijalankan adalah mengikut protokol yang diterima pakai di merata dunia. Setelah disahkan mati otak, sijil pengesahan akan dikeluarkan dan mesin bantuan pernafasan akan diberhentikan. Sekiranya untuk pendermaan organ, mesin akan diberhentikan di dewan bedah sebelum organ diperolehi. Penderma yang meninggal dunia secara jantung terhenti boleh mendermakan semua jenis tisu jika meninggal dunia di hospital. Bagi mereka yang meninggal di rumah hanya boleh mendermakan mata (kornea). Pihak keluarga perlu menghubungi hospital kerajaan terdekat bagi tujuan perolehan tisu tersebut di rumah.

Sebagai analoginya, Tee Hui Yee yang berumur 14 telah mendapatkan jantung baru bagi menggantikan jantung mekanikal yang telah digunakan sejak setahun lalu. Penderma yang berumur 15 tahun yang maut dalam kemalangan jalan raya bukan sahaja mendermakan jantungnya, tetapi juga menderma paru-paru, hati dan buah pinggang yang dipersetujui oleh anggota keluarga dan warisnya. Dengan baik hatinya, kini Hui Yee dapat hidup sebagai remaja normal dan juga boleh kembali ke sekolah. Penderma itu telah memberikan kehidupan yang baru teerhadap orang yang memerlukan bantuan.

Tidak salah jika kita berbuat kebaikan kepada mereka yang memerlukan. Kehidupan yang bermakna adalah kehidupan harmoni yang dapat dikongsikan bersama orang lain. Kita mempunyai hak untuk membuat keputusan ke atas badan sendiri. Ramai pesakit di Malaysia masih menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ. Dengan adanya ikrar daripada penderma organ, kita dapat mengubah kehidupan seseorang yang mempunyai kegagalan fungsi organ. Alangkah murninya hati seseorang mengikrarkan diri memberikan semua organ dalamannya, dengan harapan selepas kematiannya, masih dapat membantu orang lain. Kita sepatutnya bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan ibarat hulurkan bantuan, ringankan beban. Marilah kita bersama-sama mendaftarkan sebagai pengikrar penderma organ supaya umat manusia dunia kita menjadi penyayang!

4 comments:

  1. Minta halal sebab ambil contoh karangan ini daripada blog cikgu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Minta halal sebab ambil contoh karangan ini daripada blog cikgu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Tq very much..krgn ini membantu saya untuk buat latihan..minta halal yea

    ReplyDelete
  4. PERHATIAN!!!

    WhatsAp +971545539609.
    E-mel: drmalathi91@gmail
    Telegram: +971545539609

    Selamat datang ke MANIPAL HOSPITAL rumah pemindahan buah pinggang. Jika anda dalam kesusahan, adakah anda memerlukan wang untuk membayar hutang yang besar? Bagaimana untuk mengumpul wang untuk keperluan mendesak? Tunggu, mengapa anda tidak berfikir untuk menjual buah pinggang pada harga yang sangat baik ($ 400,000), yang pertama dibayar sebelum pembedahan kerana keraguan tentang penderma sebenar, saya Dr Malathi di MANIPAL HOSPITAL India. Kita berada di setiap sudut dunia. AS, Malaysia, Jepun, China, Greece, Turki, Nigeria, Australia, Argentina, Brazil, United Kingdom, Ghana, dll. NOTA:- * Penderma harus sihat secara klinikal. * Untuk menderma organ, anda mesti mempunyai kumpulan B+ dan O+. * Berat badan penderma tidak kurang daripada 35. * Penderma tidak boleh merokok atau minum alkohol. Anda boleh menghubungi kami 24 jam dan kami akan melayani anda dengan lebih baik, sila hubungi kami melalui

    WhatsAp +971545539609.
    E-mel: drmalathi91@gmail.com
    Telegram:+971545539609

    Salam Dr Malathi

    ReplyDelete